Menurut kamus Oxford, Carousel membawa maksud peralatan hiburan yang mempunyai pelantar berputar dengan tempat duduk untuk penumpang. Carousel sebegini, yang juga dikenali sebagai merry-go-round boleh didapati di kebanyakan taman tema.

Projek yang kita akan bina kali ini bukanlah peralatan permainan, tetapi kaedah memaparkan beberapa imej dalam galeri secara berputar dalam sela masa tertentu secara automatik.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Menerusi  latihan tadi, kita telah pelajari kaedah memaparkan imej secara berputar dalam sela masa tertentu, menggunakan kelas carousel. Masukkan sahaja kelas tersebut kepada <div> yang sesuai. 

Bagi mengawal putaran seperti default slide, anda perlu masukkan kelas carousel-indicators ke dalam <ul> sebelum mana-mana <div> imej.

Bagi paparan imej atau video, tambahkan <div> mengikut jumlah imej yang ada di bawah <ul> kawalan. 

Masukkan juga kelas carousel-item ke dalam <div>, serta kelas carousel-caption untuk paparan tajuk imej ke dalam sub <div>.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah imej dalam kod atur cara tadi dengan imej milik anda sendiri

2. Ubah paparan imej kepada paparan video

3. Tambah dua lagi item carousel

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. 
Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan. Selamat mencuba!