Bertih jagung menjadi pilihan masyarakat sekarang untuk dijadikan buah tangan pada majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan jamuan ringan.

Secara tidak langsung, bertih jagung menjadi produk pilihan utama peniaga untuk mengusahakannya secara atas talian.

Nurin Liyana Imanina Mohad Puad, 26, merupakan salah seorang pengasas Wisy Boufe Enterprise yang menjalankan perniagaan bertih jagung.

Empat tahun meng­usahakan perniagaan bertih jagung sebagai cenderahati majlis, Nurin Liyana mengakui melalui beberapa fasa mencabar apabila terpaksa mengehadkan tempahan dan menolak banyak majlis yang memintanya untuk membuat bertih jagung.

“Saya sudah lama ‘mengintai’ perkembangan Zull Design Autotonic (ZDA) dan mesin industri kecil dan sederhana (IKS) keluaran mereka.

“Semua mesin tersebut berkualiti dan telah banyak membantu usahawan tempatan. Lantas saya memasang impian yang satu hari nanti saya akan menempah mesin daripada ZDA,” ujarnya.

Impiannya tercapai apabila dia menempah mesin bertih jagung daripada ZDA dan sangat berpuas hati dengan mesin tersebut.

“Terdapat mesin memasak bertih jagung di pasaran. Namun, mesin yang saya beli dari ZDA sangat berkualiti dan kemas pembuat­annya.

Ia juga memenuhi spesifikasi yang saya perlukan seperti bertih jagung boleh dimasak dalam kapasiti yang besar dan ia bersaiz sederhana yang boleh dimuatkan di rumah dan tapak jualan,” jelasnya.

“Saya juga ada meminta ZDA untuk menyediakan satu dulang kosong di hujung mesin supaya dapat meletakkan barang. Ini memastikan sentiasa kelihatan kemas. Spesifikasi ini tidak ada pada mesin lain”, ujarnya.

Nurin Liyana turut menjelaskan bahawa dia sangat yakin produksi bertih jagung dapat ditingkatkan tiga kali ganda dengan menggunakan mesin memasak bertih jagung keluaran ZDA.

“Sebelum ini dia hanya dapat membuat 200 gram sahaja untuk sekali masak dan terpaksa bekerja keras memasak bertih jagung berulang kali hanya untuk menyiapkan tempahan lebih 1,000 bungkus bertih jagung.

Setelah membeli mesin ZDA, Nurin Liyana meletakkan harapan agar dapat menyiapkan bertih jagung melebihi 15,000 bungkus dalam masa sebulan. Justeru dia tidak perlu lagi menolak tempahan dan boleh menyiapkan kesemuanya dengan mudah dan cepat.

Dia juga menganggarkan dapat memenuhi permintaan bertih jagung sebagai cendera hati untuk 10 hingga 15 kenduri pada hari Sabtu dan Ahad.

“Saya lega apabila dapat membeli mesin ini kerana memandangkan kedai saya di Plaza Mara Parit Buntar, Perak berada di tingkat atas.

“Jadi saya tidak perlu risau masalah bekalan gas kerana mesin ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya”, ujarnya lagi.

Nurin Liyana ingin menempah mesin pembungkusan automatik daripada ZDA selepas ini.

“Perniagaan bertih jagung saya sekarang kian dikenali ramai dan mendapat tempahan dari seluruh negara. “Oleh itu saya sedang mencari agen di seluruh Malaysia untuk menyertai perniagaan ini. Sesiapa yang berminat boleh ke halaman Facebook wisyboufe,” jelas Nurin Liyana.