Bagi memaparkan menu konteks, anda perlu memanggil kelas registerForContextMenu() dan onCreateContextMenu().

Sekiranya aktiviti anda menggunakan ListView atau GridView, setiap elemen yang terkandung di dalam senarai perlu didaftarkan kepada registerForContextMenu().

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam projek tadi, kita telah diperkenal dengan elemen baru registerForContextMenu() dan onCreateContextMenu().

Fungsi pertama tadi bertindak sebagai penghubung antara kod atur cara XML dan Java. Fungsi kedua pula berfungsi memaparkan menu konteks apabila dipanggil oleh pengguna.

Elemen dalam senarai menu konteks didaftarkan di dalam fail bernama main.xml. Melalui kaedah ini, anda boleh menyenaraikan seberapa banyak item di dalam menu konteks yang dikehendaki, sesuai dengan keperluan paparan tertentu.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Tambah satu item baru di dalam menu konteks

2. Ubah kod atur cara toast supaya memaparkan popup dengan lebih lama

3. Ubah teks paparan dalam ListView kepada maklumat peribadi anda sendiri

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!