Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bina chatbot dengan Scratch

Salam ceria buat semua pembaca budiman. Pada minggu ini, kita akan mempelajari latihan Scratch bahagian kelapan. Kali ini, kita akan belajar membina sebuah chatbot yang akan melayan perbualan pengguna seolah-olah memiliki kepintaran buatan (artificial intelligence atau AI).

Bidang kepintaran buatan ini merupakan cabang yang sangat menarik. Kajian demi kajian dijalankan selama puluhan tahun bagi menghasilkan komputer dan mesin yang mampu berfungsi sendiri secara bijak.

Dalam latihan kali ini, kita akan menggunakan beberapa syarat if-else bagi menyediakan tindak balas berbeza terhadap pilihan jawapan yang diberi oleh pengguna apabila ditanya soalan.

Dengan tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

 

Semakan

Dalam latihan tadi, kita telah menghasilkan dua sprite (watak) utama yang melaksanakan arahan berbeza apabila kod atur cara Scratch diaktifkan. Dalam kod atur cara Sprite1, blok pertama bertindak mengecilkan saiz kereta agar sesuai dengan paparan, serta menetapkan nilai markah pada permulaan game kepada sifar (0).

Blok atur cara kedua pula mengarahkan Sprite1 bergerak ke kiri 10 piksel apabila bebutang kiri pada papan kekunci ditekan. Untuk blok atur cara ketiga, Sprite1 diarahkan bergerak ke kanan 10 piksel apabila bebutang kanan pada papan kekunci ditekan.

Untuk sprite Snowflake pula, baris atur cara motion (biru) pertama akan memilih kedudukan x dan y secara rawak untuk menjana benih salji yang akan dilantunkan. Dalam gelungan repeat (kuning), nilai kedudukan salji diubah tiga piksel setiap detik bagi mewujudkan ilusi pergerakan salji jatuh. Salji juga akan dilantunkan jika tersentuh dinding pada baris atur cara motion (biru) “if on edge, bounce”.

Setiap kali salji bersentuhan dengan Sprite1, nilai 1 akan ditambah kepada score dan nilai kedudukan x yang baru untuk salji akan dipilih secara rawak. Perubahan kedudukan inilah yang menjadikan permainan ini menarik dan mencabar.

Akhir sekali, game akan ditamatkan jika salji jatuh ke lantai.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain