Carta pai merupakan paparan visual sekumpulan data yang mewakili nilai tertentu. Paparan sebegini biasanya dibina bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berkenaan data yang dikumpul, di samping berupaya memberi kesimpulan yang jelas.

Pada hari ini, terdapat ratusan malah ribuan aplikasi komputer yang mampu menjana carta pai dengan mudah. Antara perisian yang paling popular bagi tujuan ini adalah Microsoft Office. Namun, kali ini kita akan cuba bina carta pai sendiri.

Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan kali ini.

Semakan

Dalam kod atur cara tadi, kita telah menghasilkan aplikasi Java yang boleh melukis carta pai berdasarkan maklumat yang dimiliki.

Di dalam constructor, kita memanggil library JFrame bagi memaparkan hasil secara visual di dalam sebuah tetingkap.

Seterusnya, kita telah memanggil library JComponent melalui class MyComponent bagi melukis paparan secara visual di dalam tetingkap JFrame.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan. Sila ubah suai kod atur cara tadi supaya:

1. Tambah dua lagi pecahan carta pai.

2. Ubah warna pecahan carta pai kepada warna pilihan anda.

3. Kecilkan saiz carta pai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila e-melkan kepada [email protected] dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama pada minggu hadapan.