Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Berbelanja melalui transaksi aplikasi

Shopee App
Shopee App

Menurut satu kaji selidik terbaharu agensi penyelidikan teknologi antarabangsa, Gartner, Inc., lebih separuh pengguna telefon pintar di negara ini tidak berbelanja untuk memuat turun aplikasi.

Pengarah Penyelidik Gartner Stephanie Baghdassarian berkata, walau bagaimanapun pihaknya mendapati pengguna peranti pintar bersedia menggunakan perkhidmatan dalam aplikasi yang meliputi transaksi pembelian dan pembayaran.

“Berlaku peningkatan sehingga dalam transaksi pembelian dan pembayaran sebanyak 26 peratus tahun lalu manakala pembelian muat turun aplikasi berbayar hanya meningkat sebanyak empat peratus pada tahun yang sama,” jelasnya

Kaji selidik menunjukkan secara purata pada tahun ini, transaksi dalam aplikasi ialah sebanyak RM51.48 (ASD$11.59) manakala purata untuk pembelian muat turun aplikasi berbayar mencapai nilai RM34.05 (ASD7.67).

Katanya, pembeli muat turun aplikasi lebih menjurus berbelanja kepada aplikasi yang harga lebih rendah. Responden yang berbelanja dalam aplikasi pula sanggup berbelanja sebanyak RM 66.70 atau lebih dalam tempoh tiga bulan.

“Jurang besar antara kedua-dua kelompok ini berlaku kerana majoriti aplikasi berbayar bernilai RM 8.84 atau lebih murah manakala kebiasaannya pengguna mula membuat transaksi dalam aplikasi sebaik sahaja pengguna mula menemukan nilai dalam aplikasi dan gembira mahu membelanjakan wang untuknya,” jelasnya lagi.

Faktor umur dan jantina turut mempengaruhi tahap perbelanjaan. Generasi yang lebih dewasa iaitu yang tergolongan dalam kelompok umur 25 tahun hingga 34 tahun)adalah penyumbang terbesar untuk kedua-dua aplikasi berbayar dan transaksi dalam aplikasi dengan purata penjanaan RM 84.40 setiap suku tahun manakala perbelanjaan aplikasi berbayar untuk setiap suku tahun pula ialah sebanyak RM59.53.

Kata beliau lagi, sebaik sahaja responden meningkat usia, mereka dilihat semakin kurang berbelanja dalam aplikasi dan sanggup untuk membayar pendahuluan.

Secara keseluruhan, golongan wanita bukan saja kurang berbelanja dalam aplikasi telefon pintar malah kurang menggunakannya.

Golongan ini dilihat kerap menggunakan aplikasi yang mempunyai tempoh percubaan percuma kemudian bebas memilih sama ada untuk membelanjakan wang membelinya atau pun tidak.

“Peningkatan pilihan konsumer untuk transaksi dalaman menunjukkan petanda bahawa pemasar untuk produk berteknologi harus melaburkan model yang menyediakan keanjalan produk itu sendiri kepada pengguna aplikasi ” tambahnya lagi.

Keanjalan model perniagaan bukan sahaja diperlukan untuk pengalaman kepenggunaan yang jitu, sebaliknya pengurusan jenama perlu mencari kaedah bagaimana untuk menyampaikan pengisian kepada pengguna kerana app telefon tidak selalu memberikan paparan pemuka yang mesra pengguna. Di peringkat apa sekalipun, titik sentuh adalah begitu penting untuk kejayaan kepada apa saja jenama.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain