Usaha sama tersebut menerusi fasa percubaan di lima buah stor sejak enam bulan lalu.

Kaedah tersebut telah memberi pelanggan pilihan alternatif untuk membeli barangan runcit melalui rangkaian produk yang luas serta lebih nilai wang di Tesco Malaysia termasuk barangan segar, barangan sejuk beku dan barangan am yang lain.

Pembeli dalam talian yang sentiasa sibuk menguruskan kerja dan keluarga akan dapat menikmati manfaatnya kerana kini mereka boleh membeli-belah di HappyFresh dengan hanya beberapa klik dan menerima produk tersebut berdasarkan slot masa atau lokasi pilihan mereka.

Usaha sama tersebut juga membolehkan mereka untuk memilih barangan daripada lebih 12,000 jenis produk daripada barangan makanan ke bukan makanan yang dijual di pasar raya besar tersebut yang paling dekat dengan lokasi mereka termasuk produk jenama Tesco.

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Opal Wu berkata, usaha sama tersebut membolehkan pihaknya mengorak langkah mencapai misi menggembirakan lebih ramai pelanggan.

Katanya, penggunaan teknologi untuk membuat pilihan makanan yang lebih baik dan membantu mereka dengan perkhidmatan penghantaran lancar sepantas sejam.

“Dalam dunia yang sedang melalui revolusi teknologi ini, kami yakin usaha sama dengan Tesco Malaysia ini akan menyokong visi utama kami iaitu menawarkan penyelesaian yang mudah, lancar dan boleh dipercayai kepada profesional di bandar di mana mereka boleh menggunakan platform kami untuk mendapatkan barangan kegemaran mereka yang paling segar dari pasar raya besar ini.

``Kami boleh dihantar ke mana sahaja mereka mahukannya, sementara mereka menguruskan aspek lain di dalam kehidupan mereka,” katanya.

Malaysia kini bersedia untuk menghadapi gelombang ekonomi digital dan saiz pasaran e-dagang tempatan telah meningkat sebanyak 31 peratus dalam kadar pertumbuhan tahunan kompaun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pasaran e-dagang perniagaan-ke-pelanggan dijangka berkembang ke AS$3.4 bilion (RM15.13 bilion) menjelang tahun 2020.

Berdasarkan maklumat tersebut, terbukti banyak peluang untuk HappyFresh dan Tesco Malaysia untuk membantu industri belian barangan runcit dalam talian berkembang pada tahun-tahun mendatang.

Ini memberi lebih kemudahan dalam kehidupan, terutama kepada pengguna yang kerap membeli barangan runcit, namun sering kesuntukan masa.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata, sebagai peneraju pasar raya besar di negara ini, pihaknya berusaha bersungguh-sungguh untuk menggembirakan pelanggan sama ada di kedai atau dalam talian.

“Kami menggunakan maklum balas pelanggan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih mudah, bagus dan cepat.

“Dengan meluaskan capaian pelbagai saluran kami menerusi HappyFresh, kami dapat menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian untuk para pelanggan kami lebih lancar dan menyeronokkan, di samping memenuhi kehendak mereka.” ujarnya.

Sejak bermulanya usaha sama dengan Tesco Malaysia, lebih daripada 2,500 pengguna telah menerima pesanan mereka dari pasar raya besar tersebut yang dihantar melalui HappyFresh.

Pengguna yang memesan barangan runcit menerusi aplikasi ini bukan sahaja menerima penghantaran tersebut sepantas satu jam dalam keadaan paling segar dari pasar raya pilihan mereka, barangan tersebut juga dipilih sendiri oleh pembeli peribadi terlatih HappyFresh untuk memastikan pengguna mendapat barangan runcit yang paling berkualiti dari barangan kering, sejuk beku hinggalah produk kegunaan harian rumah.

Mula jimatkan masa dan lakukan perkara-perkara yang anda sukai dan biar HappyFresh menguruskan pembelian barangan runcit anda menerusi laman sesawang rasmi atau aplikasi mudah alih dengan memuat turunnya menerusi Google Play Store dan Apple App Store.