Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Android Marshmallow kuasai 31.8 peratus peranti

.
.

LOS ANGELES 10 Julai – Android Marshmallow 6.0 menguasai 31.8 peratus daripada jumlah keseluruhan peranti yang menggunakan sistem operasi Android.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Google baru-baru ini, Android Lollipop berada di tempat kedua dengan penguasaan sebanyak 30.1 peratus.

Jelas syarikat itu, Lollipop 5.1 menjadi penyumbang terbesar dengan 22.3 peratus sementara Lollipop 5.0 sebanyak 7.8 peratus.

Sementara itu, Android Nougat mencatat peningkatan kepada 11.5 peratus berban­ding 9.5 peratus pada bulan lalu dan ia merupakan kali pertama sistem operasi berkenaan berjaya melepasi angka 10 peratus sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016.

Android KitKat tidak berubah daripada bulan lalu apabila mengekalkan penguasaan sebanyak 17.1 peratus, jelasnya.

Dalam pada itu, sistem operasi yang lebih lama seperti Jelly Bean, Ice Cream Sandwich dan Gingerbread masih lagi digunakan dan mewakili 9.5 peratus jumlah peranti.

Data berkenaan diperoleh melalui bilangan peranti yang melawat aplikasi Google Play. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain