Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke perhatian Kabinet pada masa terdekat ini dalam usaha memastikan seluruh rakyat memperoleh hak untuk mendapat maklumat terutama di kawasan terpencil.

"Sekarang kita lihat ramai yang buat aduan khususnya mereka yang berada di kawasan terpencil. Mereka tiada Internet, keterhubungan dan sebagainya.

"Jadi, ini pentingnya kita bawa (isu) akses Internet ini (kepada) hak mendapat maklumat dan sebagainya. Kalau hak itu dijamin di bawah Perlembagaan, maka ini bermaksud setiap kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu melakukan usaha-usaha tertentu supaya kita boleh bawa Internet secara meluas di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE