Seorang saksi, Muhammad Alwafi Mustaffa Albakri berkata, fenomena tersebut telah menyebabkan beberapa bumbung di kawasan perumahan sekitar Tanjung Bungah tercabut dan beberapa penduduk lari berselindung di tempat yang selamat.

BELALAI AIR
 

“Kejadian berlaku pada pukul 2.15 petang semasa hujan lebat dan ribut kencang di sini. Saya ketika itu berada di tingkat 10 bangunan Springtide Residence atas urusan kerja.

“Saya terkejut apabila memandang di luar tingkap kerana melihat belalai air secara perlahan-lahan menghala ke arah bangunan ini. Mujurlah selepas 20 minit belalai air itu hilang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

BELALAI AIR
 

Muhammad Alwafi turut berkongsi rakaman video kejadian fenomena belalai air tersebut dengan Utusan ONLINE. -UTUSAN ONLINE