Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMP ceburi industri herba

Dr. Daing Nasir Ibrahim (tengah) tertarik dengan pokok herba yang ditanam di Taman Bioaromatik Neger
Dr. Daing Nasir Ibrahim (tengah) tertarik dengan pokok herba yang ditanam di Taman Bioaromatik Negeri Pahang.

Hasrat Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk membangunkan Taman Bioaromatik Negeri Pahang seluas 72 hektar (180 ekar) di Maran sebagai pusat penyelidikan berkaitan tumbuhan herba aromatik serta memajukan teknologi berasaskan herba dan produk semula jadi kini hampir menjadi kenyataan dengan terbinanya sebuah plot percubaan seluas dua hektar di tanah milik universiti berkenaan.

Pada masa ini, terdapat lebih 2,000 pokok herba seperti nilam, serai wangi, palmarosa, rumput vertiver dan gaharu. Spesies lain termasuklah antaranya mahkota dewa, tongkat ali dan durian belanda mula ditanam di kawasan tersebut.

Dengan dana permulaan yang diperuntuk bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Wilayah Pahang (ECERDC), sebuah plot percubaan tanaman herba nilam mula dibangunkan di tapak Projek Taman Bioaromatik Negeri Pahang ini.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim, plot percubaan itu sangat penting bagi memastikan pembangunan Taman Bioaromatik Negeri Pahang itu berjaya mencapai objektif penubuhannya.

Beberapa penyelidikan awal kini dijalankan dalam mengenal pasti varieti, media dan teknik yang sesuai bagi tanaman nilam yang ditanam di tapak tersebut.

Selain itu, kerja-kerja pembangunan plot percubaan ini kini sedang giat dijalankan dengan dibantu seorang pegawai penyelidik dan dua orang pekerja ditempatkan dalam menjalankan operasi,” katanya yang hadir melawat plot percubaan baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Mashitah Mohd. Yusoff; Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Murad Ghani dan Ketua Timbalan Pendaftar, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Datin Fazia Ali.

Dalam menjadi pusat penyelidikan berkaitan tumbuhan herba aromatik secara sistematik dan komprehensif serta memajukan teknologi berasaskan herba dan produk semula jadi di negeri ini, UMP menjalinkan kerjasama dengan Gaya Naturals Sdn. Bhd dari Sabah yang merupakan satu daripada pengeluar utama minyak nilam di dunia. Kerjasama tersebut melibatkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam membantu UMP untuk membangunkan projek industri nilam di taman ini.

Kerjasama ini termasuklah membekalkan anak benih untuk penanaman pokok nilam, jualan minyak nilam dan pengeluaran produk hiliran, latihan, perundingan dan pemasaran. Penglibatan syarikat berkenaan bersama UMP dalam pembangunan Taman Bioaromatik Negeri Pahang yang dirancang sebagai sebuah Pusat Perniagaan Pertanian bakal meningkatkan penyertaan sektor awam, swasta dan rakyat dalam pembangunan industri pertanian, khasnya herba aromatik.

UMP juga mempunyai Makmal Berpusat dan Pusat Kecemerlangan (COE) Bioaromatik yang mampu menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersialan berteraskan teknologi biosintetik bahan semula jadi aroma yang bernilai tinggi merangkumi analisis molekular, fermentasi dan analisis kimia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain