Kerja-kerja pembersihan tapak letak kenderaan sebelum pemasangan
Kerja-kerja pembersihan tapak letak kenderaan sebelum pemasangan Cool Island Pavement.

Segenap aspek kehidupan daripada sekecil-kecilnya hingga yang besar mengambil kira cuaca panas, ekonomi, pengangkutan, pembinaan dan sebagainya.

Sekadar memberi contoh, reka bentuk rumah, pemakanan, rekaan dan material pakaian, pembinaan, malah aktiviti harian akan cuba disesuaikan dengan persekitaran panas.

Dalam aspek penyelidikan, saintis di negara-negara berkenaan juga berdepan cabaran bagi menghasilkan inovasi yang bukan sahaja menepati kehendak cuaca, tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh pengguna.

Hal ini yang cuba dibuktikan oleh kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Fadhil Mohd. Din, mengenai penyelidikan pulau haba perbandaran atau urban heat island (UHI), iaitu penggunaan bahan seramik terbuang sebagai permukaan tempat letak kereta bagi mengurangkan kesan panas.

Berkongsi lebih lanjut mengenai penyelidikan tersebut beliau berkata, penyelidikan UHI merupakan projek sulung yang dilaksanakan berdasarkan kepada penglibatan penyelidik dengan beberapa siri kajian usaha sama di Jepun.

Pada peringkat awal, projek UHI ini hanya tertumpu di negara-negara separa Khatulistiwa dan yang mempunyai insiden tekanan kepanasan melampau (heat stress) di beberapa negara metropolitan.

“Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, isu UHI telah merebak menjadi isu perbandaran yang sering berlaku di kawasan separa bandar dan bandar disebabkan oleh perubahan landskap dan konsep pembinaan, yang dikenali sebagai perubahan albedo,” katanya.

Ini kerana, sejak awal era perindustrian dan proses urbanisasi, kebanyakan reka bentuk bandar tidak mengutamakan kepada keperluan persekitaran terutamanya mengenai pemerangkapan haba.

Beliau berkata, sumber haba yang terhasil daripada aktiviti harian seperti pengangkutan, populasi manusia, perubahan mikroiklim dan komersial telah meningkatkan tekanan haba yang diperangkap terutama semasa waktu puncak dan waktu malam.

Proses tabur dan curah bahan seramik.
Proses meletakkan seramik pada tempat letak kereta.

Justeru, penyelidikan yang dijalankan di UTM memenuhi dua tuntutan utama iaitu pengaruh UHI terhadap persekitaran landskap serta kesannya daripada aspek kesan rumah hijau.

Selain itu, penyelidikan mengenai faktor fenomena UHI serta kaedah untuk menangani juga telah dijalan

Penyelidik memasang peralatan bagi mengkaji fenomena UHI.
Penyelidik memasang peralatan bagi mengkaji fenomena UHI.

kan sejak tahun 2010 lagi.

Menghurai lebih lanjut, beliau berkata, penyelidikan tersebut bermula sejak 2010, semasa berlangsungnya satu program di Jepun mengenai fenomena pemanasan bandar dan perkaitan kesan-kesan urbanisasi.

Ini termasuklah perubahan iklim menggunakan dana yang digunakan daripada kerajaan Malaysia dan Jepun, dana institusi dan industri. Jumlah pembiayaan yang telah digunakan bagi projek berkaitan adalah sekitar RM 500,000.

Seramik yang digunakan merupakan bahan semula jadi yang diperoleh secara galian dan tidak diperlukan oleh pengilang untuk proses seterusnya.

Bahan ini mempunyai kadar pembalikan haba sehingga 75 peratus disebabkan beberapa komponen penting yang telah dikaji dan diasingkan secara saintifik.

Dengan kadar pembalikan haba yang tinggi, pengaruh kesan rumah hijau, UHI dan kejutan haba kepada masyarakat akan dapat dikurangkan.

Ini kerana, bahan tanpa seramik tidak mampu untuk membalikkan (pantulan) haba melebihi 50 peratus.

Selain itu, bahan tersebut boleh menjadi lebih berkesan diletakkan di kawasan lapang kerana kadar pemeluapan haba yang rendah akan membantu mengurangkan indeks kepanasan.

Sewaktu hujan ribut, bahan ini membantu menyerap kandungan air permukaan dan mengurangkan risiko banjir kilat.

Kos yang digunakan akan meningkat sebanyak lima peratus berbanding teknik konvensional. Walau bagaimanapun, tiada kos penyelenggaraan tahunan dan aplikasinya yang mudah dibina merupakan antara faktor kos efektif bagi projek ini.

Aspek terpenting dalam penyelidikan ini ialah hasrat penyelidik membantu masyarakat dan komuniti yang terlibat secara langsung dengan aktiviti yang mendedahkan mereka dengan kepanasan.

Di samping itu, terdapat pelbagai teori dan kajian kes yang mengaitkan kematian kejutan haba (heat stroke) sebagai salah satu kesan serta merta akibat daripada UHI yang tidak terkawal. Semua ini merupakan pendorong utama ke arah penyelesaian kajian yang berkaitan.

Penyelidikan UHI ini menerusi pelbagai penglibatan daripada sektor sekitar Johor dan Jepun, terutama Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Iskandar Malaysia, Asset Construction Inc. (Jepun), kilang seramik dan Malaysian Mosaic Berhad (MMB).

Kerjasama strategik yang dirancang bersama pemegang taruh (stakeholders) yang lain menyebabkan beberapa halangan teknikal dapat diperbaiki dan dijadikan platform terbaik untuk menjalankan penyelidikan.

Setiap analisis dan penentuan pasaran telah ditentukan oleh pemegang taruh sepanjang penyelidikan dilaksanakan, yang menguntungkan kepada penghasilan produk berdaya saing yang boleh diterima di pasaran tempatan.

Kebanyakan daripada produk universiti adalah berdasarkan kepada penyelidikan saintifik yang sukar difahami di peringkat pasaran setempat.

Walau bagaimanapun, untuk projek UHI ini setiap kajian data adalah melibatkan kepada permintaan di industri sendiri dengan mengutamakan konsep public-private merit.

Kesepakatan di antara pemegang-pemegang taruh yang lain menerusi pengaruh pasaran, penyelidikan berorientasikan keperluan pasaran dan kerjasama tiga hala melibatkan antara institusi, industri dan kerajaan tempatan, membolehkan kerja-kerja penyelidikan bertambah mudah, bersesuaian dengan pendekatan Akademia Baru.