Pada  artikel minggu ini kita akan mendalami struktur dan fungsi yang terdapat dalam projek Sketch.

Sketch merupakan IDE (Integrated Development Environment) yang digunakan untuk menulis kod atur cara Java yang dimuat naik ke pemproses pada litar Arduino. Setiap projek Sketch terbahagi kepada tiga iaitu Structure, Values (pemboleh ubah) dan Functions.

 

 

SEMAKAN

Melalui latihan tadi, kita telah mempelajari dua daripada tiga bahagian di dalam projek Sketch iaitu Structure dan Functions. Struktur utama projek terbahagi kepada dua iaitu setup() dan loop(). Terdapat dua kaedah utama untuk menambah fungsi ke dalam projek.

Kaedah pertama membenarkan anda menulis kod fungsi sekali sahaja sebelum loop (). Kaedah kedua pula membolehkan anda memecahkan kod atur cara kepada dua bahagian. 

Bahagian pertama atau pendaftaran, ditulis sebelum loop manakala bahagian kedua atau pemprosesan, ditulis selepas loop ().

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan. selamat mencuba!