Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

R&D UTM bantu industri

Tawar kemudahan dan kepakaran aeronautik

Dr. Wan Khairuddin Wan Man Ali menjalankan penyelidikan dalam 7
Dr. Wan Khairuddin Wan Man Ali menjalankan penyelidikan dalam terowong angin UTM.

Sebagai sebuah universiti yang mempunyai kekuatan dalam pelbagai bidang kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberi tumpuan dalam membantu pelbagai pihak terutama industri yang ingin memanfaatkan kemudahan dan kepakaran yang dimiliki.

UTM juga telah menawarkan kursus kejuruteraan aeronautik dalam sesi pengajian 1980/81 dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam usaha melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang berkenaan terutama untuk diserapkan dalam sektor awam.

Ini kerana, pelbagai pihak terutama TUDM memerlukan kepakaran sumber manusia untuk mengoperasi, menyelenggara, membaiki, memantau dan mengurus pelbagai jenis pesawat dan UTM dianggap mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Dalam masa yang sama, ia sejajar dengan perkembangan dan pembangunan industri penerbangan di negara ini.

Justeru ketika itu, kursus kejuruteraan aeronautik tertumpu kepada lima bidang iaitu aerodinamik, struktur pesawat dinamik penerbangan dan kawalan, tujahan serta reka bentuk pesawat.

Sebagai bukti kesungguhan tersebut, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal universiti berkenaan menawarkan segala kemudahan berkaitan dan satu daripadanya adalah pelbagai makmal yang berkaitan kenderaan angin darat dan air, berdasarkan lima bidang yang telah tetapkan.

Satu daripada makmal tersebut adalah Makmal Aeronautik yang dilengkapi dengan kemudahan terowong berkelajuan rendah. UTM mampu menawarkan kemudahan tersebut kerana universiti berkenaan telah mempunyai kepakaran sejak 1989 lagi.

Makmal berkenaan diberi tanggungjawab khusus dalam penyelidikan makmal yang menawarkan pengujian aerodinamik untuk penyelidikan dan industri.

Makmal berkenaan ditubuhkan pada 1986 mula beroperasi pada 2001 dan antara kemudahan yang utama adalah terowong pengujian untuk kenderaan pada kelajuan 285 kilometer sesaat.

Menurut ketuanya, Prof. Dr. Wan Khairudddin Wan Man Ali, kemudahan dan kepakaran makmal tersebut telah dimanfaatkan untuk pelbagai ujian antaranya termasuklah helikopter dan kenderaaan pengeluar kereta nasional dengan bantuan tenaga pakar.

“Kita sebenarkan memfokuskan kepada pendidikan dan latihan, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan serta perundingan,” ujar beliau sambil memberi tahu pihaknya menyasarkan untuk menjadi pusat kecemerlangan dan pengujian terowong angin di negara ini dan rantau Asia Pasifik.

Dalam masa yang sama, tumpuan penyelidikan akan menjurus kepada bidang aerodinamik gunaan, tujahan pesawat, reka bentuk dan struktur pesawat serta avionik dan dinamik penerbangan.

Beliau berkata, makmal tersebut juga berkemampuan menguji aerodinamik, kawalan dan kestabilan model tiga dimensi pesawat dan kenderaan .

Pengujian tersebut penting bagi mana-mana kenderaan yang bakal digunakan supaya kukuh dan stabil dengan mengambil data sejauhmana kerintangan kepada angin.

Daripada ujian tersebut, data berkenaan akan diambil untuk tujuan panduan dan rujukan oleh industri berkaitan.

Sebab itu apabila melawat makmal tersebut, pengunjung akan terpesona dengan pelbagai bentuk model kenderaan yang sesuai diuji dari aspek ketahanan, kekukuhan dan kestabilan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain