Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pertanian perlu perlindungan insurans

Pertanian boleh musnah akibat bencana alam. – Gamba r hiasa n 4
Pertanian boleh musnah akibat bencana alam. – Gambar hiasan

Meningkatkan sumber makanan yang mencukupi bagi sesebuah negara sentiasa menjadi fokus utama.

Walau bagaimanapun, jika berlakunya bencana alam, sektor ini akan terjejas dan memberi kesan yang buruk kepada bekalan makanan dalam negara.

Bagi mengatasi masalah tersebut, pelbagai usaha dilaksanakan sama ada pada peringkat global mahu pun dalam negara.

Antaranya idea menginsuranskan produk pertanian yang diusahakan dan terdapat negara yang telahpun melaksanakannya.

Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha menangani isu tersebut menerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan menganjurkan seminar khas berkaitan dengannya.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Azizan Mohamad Shahid, seminar yang dikenali sebagai Round Table On Agricultural Insurance - A Climate Change Adaptation Tool In African, Asian and Pacific Regions tersebut perlu diperluas.

Ujarnya, fenomena global khususnya ketidaktentuan alam sekitar secara langsung menjejaskan pengeluaran pertanian, sosioekonomi petani dan prestasi ekonomi negara.

“Menerusi seminar sebegini kita dapat membincangkan pelbagai kajian dan penilaian model perkhidmatan insurans pertanian di rantau Afrika dan Asia Pasifik.

“Perbandingan antara setiap negara yang terlibat serta perkongsian pengalaman dapat membantu negara lain terutama Malaysia membangunkan sistem yang terbaik buat petani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar tersebut di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah MARDI, Datuk Sharif Haron; Ketua Setiausaha AARDO (African-Asian Rural Development Organisation), Wassfi Hassan El-Sreihin; serta Ketua Pengarah Centre on Integrated Rural Development for Asia and The Pacific (CIRDAP), Tevita G. Boseiwaqa Taginavulau.

Insurans tanaman adalah satu alat yang sangat penting dari perspektif ekonomi yang boleh mengekalkan semangat petani untuk terus mengeluarkan hasil tanaman.

Selain itu, insurans pertanian dapat meyakinkan aktiviti pertanian serta pendapatan mereka terjamin atau sekurang-kurangnya meminimumkan kerugian.

Pertanian di Malaysia menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada masyarakat bergantung kepadanya sebagai mata pencarian.

Perubahan dalam iklim, kepelbagaian hasil dari tahun ke tahun dalam pengeluaran tanaman, kerosakan fizikal dan kehilangan lepas tuai menyumbang kepada penurunan produktiviti pertanian.

Bencana banjir besar pada tahun 2006-2007 yang berlaku dalam negara memberikan kesan kepada hampir 110,000 orang, merosakkan infrastruktur kira-kira RM37 juta dn menyebabkan kerugian ekonomi sekitar RM2,524 juta.

Daripada itu, lebih daripada RM88 juta hasil pertanian telah rosak atau hilang yang melibatkan hampir 7,000 petani. Bencana sedemikian adalah hampir mustahil untuk dikawal dan dalam hal itu insurans tanaman adalah antara kaedah bagi membantu petani kembali membangunkan ladang atau ternakan mereka.

Pemilihan tanaman yang hendak diinsuranskan adalah bergantung kepada keutamaan sesebuah negara itu.

Sama seperti kebanyakan negara Asia lainnya, beras merupakan makanan ruji untuk rakyatnya, Malaysia juga mempunyai alasan kukuh untuk mempertimbang padi sebagai tanaman yang perlu diinsuranskan.

Bagi negara-negara lain, mereka memiliki sistem dan cara yang tersendiri dan sesetengahnya mewajibkan setiap petani mengambil insurans seperti di Nigeria.

Perkara tersebut dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Nigerian Agriculture Insurance Corporation, Bashir Haliru Binji.

Jelasnya, sektor pertanian merupakan satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Afrika.

“Pertanian juga merupakan pendapatan utama bagi 60 peratus populasi rakyat di negara-negara ini.

“Sektor yang sama di Ghana contohnya mencatatkan KDNK sebanyak 36 peratus, oleh demikian perlindungan insurans untuk pertanian amat penting bagi kami,” katanya.

Kemusnahan berkaitan bidang pertanian di negara-negara tersebut pernah dicatatkan mencecah ratusan bilion menjadikan tindakan perlu diambil bagi membantu petani.

Bagi Sri Lanka, kerajaan mereka telah menyediakan dana untuk bantuan khas kepada petani apabila mereka mengalami kemusnahan ladang akibat bencana alam atau faktor lain.

Pengerusi Agriculture And Agrarian Insurance Board, Colombo, Sri Lanka, Pathirajage Sydney Kumara Lawrence Gajayanake berkata, setiap petani yang mengalami kemusnahan hasil pertanian boleh terus berhubung dengan pegawai pertanian di setiap daerah negara tersebut.

“Kita memiliki sistem dan dana khas untuk tujuan ini dan mereka (petani) perlu mendapatkan kelulusan daripada setiap pengerusi persatuan pertanian kawasan sebelum membuat tuntutan,” katanya.

Di Malaysia, usaha tersebut ada dilaksanakan namun khas buat petani yang mengalami bencana alam seperti banjir dan untuk kawasan pertanian tertentu.

Inisiatif tersebut masih tidak menyeluruh dan berbeza berbanding kaedah menginsuranskan ladang atau hasil pertanian mereka.

Bagi mendapatkan gambaran lebih luas dan menyeluruh, segala strategi dan polisi yang dipraktiskan di negara-negara yang terlibat akan dimanfaatkan.

Program itu juga merupakan landasan kerjasama antara MARDI dan beberapa agensi berkaitan di negara ini bersama CIRDAP dalam berkongsi pengalaman mengenai pembangunan dan pengurusan insurans dalam menghadapi perubahan cuaca dunia dan ketidaktentuan iklim.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain