Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengawalan kumbang palma merah

Ladang pokok kurma yang terdedah kepada serangan kumbang perosak. 3
Ladang pokok kurma yang terdedah kepada serangan kumbang perosak.

Saya bercadang untuk memulakan projek menanam pokok kurma sebanyak enam ekar di Kedah. Saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan tentang larangan penanaman pokok kurma. Adakah larangan tersebut benar? Mohon penjelasan secepat mungkin kerana saya bercadang membeli benih tersebut dalam bulan 12 ini. – Pelanggan di e-aduan Jabatan Pertanian

Jawapan: Tuan, untuk makluman tuan, larangan tersebut memang benar dan Jabatan Pertanian tidak pernah mengeluarkan sebarang import permit untuk membawa masuk pokok kurma ke Malaysia.

Ini bagi mengelakkan serangga perosak kumbang merah palma atau red palm weevil (RPW) yang merupakan perosak utama bagi tanaman palma seperti kelapa, kelapa sawit yang merupakan tanaman utama di Malaysia.

Bagaimanapun, pihak kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan untuk mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya.

Adakah Date Farm Agro Bhd, dilantik pihak Kementerian mengadakan Program Perkenalan dan Pendedahan Projek Tanaman kurma Bersepadu di Taiping Golf Resort, Kamunting, Perak pada 12 September 2015?

Adakah syarikat ini mendapat kebenaran mencari peserta untuk membuat pembelian pokok kurma safawi yang dicadangkan ditanam di belakang Bernas Padang Pak Amat, Pasir Putih Kelantan dengan menggunakan pakej melalui pinjaman bank bagi yang tidak mampu membayar secara tunai?

Syarikat ini yang menguruskan pinjaman dengan peserta hanya tandatangan untuk tiga bank pilihan. Pihak bank akan telefon peserta dan pada masa itu peserta akan membuat pilihan untuk memilih bank yang sesuai. Syarikat juga meminta peserta untuk membuat cagaran bagi pembelian dua pokok kurma menggunakan kad kredit pada hari seminar diadakan sahaja. – Pelanggan di ISPAAA Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Jawapan:

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Jabatan Pertanian.

Untuk makluman tuan Jabatan Pertanian tidak terlibat di dalam program ini dan sebarang pelantikan syarikat ini tidak dimaklumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Keterangan lanjut:

Jabatan Pertanian berpendapat bahawa punca kemasukan kumbang merah palma atau RPW ke negara ini adalah melalui pengimportan pokok-pokok palma yang tidak sah terutamanya pokok kurma yang dibawa masuk dari negara jiran.

Kemasukan pokok palma baru akan menjejaskan usaha-usaha untuk membendung, mengawal dan menghapus perosak ini dalam negara.

Oleh yang demikian Jabatan Pertanian sedang mengambil langkah-langkah yang lebih ketat dengan menguatkuasakan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 untuk menghalang kemasukan pokok palma yang tidak sah ini.

Aktiviti-aktiviti menghalang kemasukan pokok palma ke dalam negara dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan dan Kuarantin Malaysia (MAQIS) di pintu-pintu masuk di seluruh negara.

Jabatan Pertanian telah mengadakan Kempen Membendung, Mengawal dan Menghapus RPW.

Kempen ini melibatkan aktiviti hebahan kepada orang ramai, mengesan kehadiran perosak dan mengadakan aktiviti kawalan secara berterusan dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan.

Keadaan serangan akan terus dipantau oleh Jabatan Pertanian bagi memastikan populasi RPW menurun sehingga ia dihapuskan secara keseluruhannya. Dengan ini, kerugian yang bakal berlaku kepada industri tanaman tersebut akibat daripada serangan RPW akan dapat dielakkan.

Sekali lagi, Jabatan Pertanian menyeru supaya masyarakat perlu bersatu padu dalam menyelesaikan masalah perosak RPW ini dengan membuat laporan segera kepada Jabatan Pertanian berhampiran sekiranya menjumpai simptom-simptom serangan RPW terdapat pada tanaman palma seperti pokok kelapa, tanaman palma hiasan, tanaman kurma dan pokok kelapa sawit yang berhampiran dengan anda.

Jabatan Pertanian juga berharap petani, pengusaha, dan orang awam memberi laporan serangan RPW kepada pegawai Jabatan Pertanian yang berdekatan untuk diambil tindakan kawalan yang sewajarnya.

Di bawah Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, pengimportan pokok kurma atau apa-apa jenis pokok palmae yang menjadi perumah kepada apa-apa penyakit serius adalah dilarang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain