Kuala Lumpur 18 September 2017 ANTARA produk ikan kering Pak Su
ANTARA produk ikan kering Pak Su semasa temubual bersama pengusaha ikan kering bumiputera Rasdi Ibrahim atau Pak Su di Pulau Pangkor

Pulau tersebut yang jarak perjalanan menaiki feri dari Lumut di Tanah Besar Semenanjung Malaysia hanya kira-kira 20 minit atau kurang, terkenal kerana hasilan lautnya. Ini kerana kedudukannya sebagai sebuah pulau membayangkan punca sumber rezeki utamanya adalah dari laut.

Kuala Lumpur 18 September 2017 ANTARA produk ikan kering Pak Su
 

Memang benar apabila berkunjung ke pulau tersebut, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke jeti akan kelihatan deretan kedai yang menjual pelbagai hasil laut seperti ikan masin, sotong dan ikan bilis yang dikeluarkan oleh usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) pelbagai bangsa beroperasi di situ.

Namun demikian, dalam sejumlah pengusaha hasil laut di pulau berkenaan, terdapat sebilangan kecil pengusaha bumiputera yang menunjukkan kemampuan sebagai usahawan gigih dan berjaya dengan produk masing-masing, seterusnya membawa jenama yang menjadikan Pangkor lebih terkenal.

Dalam kalangan mereka nama Pak Su pastinya meniti pada bibir penduduk pulau berkenaan memandang pemilik nama sebenarnya Rasdi Ibrahim, 44, antara usahawan paling berjaya sebagai usahawan hasilan laut di Pulau Pangkor.

Kira-kira 18 tahun yang lalu Rasdi bukanlah siapa-siapa di Pulau Pangkor kerana sebagai budak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 1990, dia sama seperti rakan sebayanya yang lain sedang memikirkan masa depan mencari kerjaya yang menjamin kehidupan.

Dengan tekad ingin mengubah nasib, Rasdi berhijrah ke Lembah Klang dan bekerja sebagai buruh di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor.

Kuala Lumpur 18 September 2017 SEBAHAGIAN pekerja Pak Su memproses
 

Tiga tahun dia bekerja sehingga menyandang jawatan pegawai kawalan kualiti dengan gaji lumayan pada masa itu sehinggalah 1993.

Namun, siapa menyangka itulah kerjaya makan gaji terakhirnya sehingga ke hari ini apabila terpaksa berhenti kerja selepas diminta oleh ibu bapanya supaya pulang ke kampung halaman di Pulau Pangkor.

Rupa-rupanya, ibu bapa Rasdi mempunyai perancangan lain kepada anak lelaki mereka supaya menceburi bidang perniagaan makanan dengan membuka kedai makan.

“Saya berniaga kedai makan termasuklah ikan bakar tetapi tidak lama kemudian timbul idea supaya menceburi bidang perniagaan lain iaitu ikan masin dan ikan kering,’’ ujarnya.

Kuala Lumpur 18 September 2017 SEBAHAGIAN pekerja Pak Su memproses
 

Ini kerana katanya, dengan membuka kedai makan, pelanggannya hanyalah penduduk sekitar pulau Pangkor.

Sebaliknya, dengan berniaga hasilan laut, ia mungkin boleh dijual kepada semua orang khususnya pelancong ke pulau berkenaan.

Dalam masa sama, dia merasakan pelancong mencari- cari barang yang boleh dibawa balik dari pulau berkenaan. Ini menunjukkan ada permintaan jika dihasilkan dan dijual.

“Pelancong hujung minggu bertanya tidak adakah ikan masin keluaran orang Melayu dan ini membuat saya teruja, lantar berbincnag dengan ayah, ibu dan isteri saya (ketika itu).

“Saya sedar keputusan ini berisiko tinggi kerana berdepan cabaran produk yang dijual sama ada laku atau sebaliknya,’’ ujarnya.

RaSdi ibrahim memulakan perusahaan ikan masin secara kecil-kecilan.
 

Rasdi juga berpendapat bahawa sesuai dengan pulau Pangkor yang persekitarannya laut tentunya industri perikanan boleh dikembang dan mempunyai masa depan.

Berbekalkan modal simpanan daripada hasil kerja kilang di Shah Alam dan perniagaan kedai makanan, dia memulakan perniagaan di masjid kampung Teluk Raja Bayang Pangkor dengan mengusahakan ikan masin dan ikan pekasam laut seperti cencaru dengan kaedah manual dan cara tradisional.

“Saya buat seadanya ikut kemampuan berbekalkan modal hasil pendapatan kedai makan dan kerja kilang dengan jumlah RM300,000,’’ ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, usaha gigihnya menjual ikan masin dan ikan pekasam seperti talang, cencaru dan gelama mendapat bantuan daripada Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) yang membantunya menyediakan peralatan seperti peti sejuk dan tong simpanan ikan berjumlah RM20,000 yang memberi motivasi kepadanya.

Dia akhirnya sedar ada agensi seperti LKIM yang terletak bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang sudi membantu dan memberi sokongan dalam bentuk khidmat nasihat dan menghantarnya ke pelbagai kursus berkaitan.

Selepas perniagaannya semakin maju dia berpindah ke Pusat Pemproses Hasil Perikanan LKIM Pulau Pangkor (PPHP) selepas ditawarkan oleh LKIM untuk meneruskan perusahaannya dengan skala lebih besar.

Untuk itu, Rasdi berbincang dengan keluarganya untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum berpindah ke PPHP lebih dua tahun kemudian, manakala bengkel tempat dia memulakan perusahaan ikan masin kekal dijadikan kedai jualan hasil laut.

“Selepas beroperasi di bengkel selama lebih 16 tahun kami usahawan di Pangkor diminta oleh LKIM berpindah ke PPHP yang dibina oleh LKIM denghan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pangkor,’’ ujarnya.

Peralihan lokasi perniagaan ke PPHP Pangkor nampaknya ‘langkah kanan’ apabila seorang tauke Cina menawarnya kilang mengeluarkan sate ikan untuk dijual.

Namun kerana kurang berkemampuan, Rasdi hanya bersedia membeli peralatan berbanding kilang tersebut secara keseluruhannya, tetapi keputusannya tetap berbaloi.

Ini kerana selepas membeli peralatan tersebut, Rasdi mampu mengeluarkan produk baharu iaitu sate ikan yang menjadikannya Bumiputera pertama di pulau berkenaan yang terlibat dalam pengeluaran makanan jenis itu.

“Saya difahamkan hanya ada 10 kilang sahaja pengeluar sate ikan di negara ini yang diusahakan masyarakat Cina, bermaksud Pak Su (merupakan) Bumiputera menghasilkannya, sejak 18 bulan lalu,’’ ujarnya.

Menurutnya, apabila sate ikan tersebut buat kali pertama diperkenal pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, ia benar benar mendapat sambutan.

Mereka yang berminat boleh melayari Facebook Sate ikan Paksu.