Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nano mineral pelbagai guna

PEGAWAI Penyelidik Utama, DR. Meor Yusoff Meor Sulaiman(kanan) 5
PEGAWAI Penyelidik Utama, DR. Meor Yusoff Meor Sulaiman(kanan) sambil menunjukkan bahan penting teknologi nano bersama pasukan penyelidik Agensi Nuklear Malaysia (dari kiri) Nur Aqila Sapiee, Dr. Roshasnorlyza Hazan, Ahmad Khairulikram Zahari, Eilfred Paulus dan Siti Hawa Zainal Abidin menunjukkan beberapa pencapaian dan anugerah dimenangi hasil penyelididkan teknologi nano di Bangi di sini hari ini.

Malaysia sebelum merdeka dan pasca merdeka amat aktif dalam perlombongan bijih timah dan pernah menjadi pembekal timah terbesar dunia.

Setelah timah tersebut diambil, sisa ilmenit (amang) masih tertinggal dan kadang-kala mencemar alam sekitar.

Bagi memanfaatkan hasil buangan timah tersebut, sekumpulan penyelidik dari Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) berjaya menukarkannya kepada sejenis mineral khas dengan pelbagai kegunaan.

Menurut ketua penyelidiknya, Dr. Meor Yusoff Meor Sulaiman, mineral tersebut boleh dijadikan serbuk nano untuk pelbagai kegunaan.

Jelas pakar teknologi bahan itu, antara yang paling ringkas adalah membunuh atau menghapuskan kulat atau bakteria.

“Mineral-mineral yang terbuang seperti amang timah boleh ditukarkan kepada synthetic rutile untuk dicampurkan ke dalam sebatian cat. Rutile merupakan bahan mineral terdiri dripada bahan utama titanium oksida.

“Tujuan mencampurkan serbuk tersebut ke dalam cat adalah bagi memelihara dinding rumah atau mana-mana permukaan agar tidak mudah berkulat,” katanya.

Synthetic rutile tersebut kemudiannya ditukarkan kepada nanotitania kumpulan penyelidik agensi berkenaan juga berjaya memproses anatase titanium dioksida daripada titanium.

Selain untuk membunuh kulat dan bakteria, nanotitania juga dapat memecahkan atau meneutralkan partikel gas beracun.

Cuaca yang panas sering kali menyebabkan gas-gas beracun terbebas terutamanya dari dalam kenderaan.

Untuk menjadikan bahan tersebut boleh dikomersialkan, Nuklear Malaysia telah menghasilkan produk yang akhir yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna.

Antaranya adalah MyStone dan NanoMask yang dihasilkan khas bagi membuktikan inovasi tersebut boleh digunakan dan dikomersial untuk kegunaan masyarakat umum.

MyStone merupakan produk yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup dengan menjadi pembersih air dan udara di rumah.

Bagi mereka yang begitu mementingkan kesihatan, penggunaan penulen udara dan air adalah sesuatu yang wajib dan dijual di pasaran dengan pelbagai bentuk dan juga rupa.

Inovasi Nuklear Malaysia tersebut dilihat dapat menggantikan penulen udara dan air yang berama di pasaran masa kini malah berharga lebih ekonomik.

Rahsia produk tersebut adalah kesan fotokatalis daripada nanotitania yang menyelaputi batu tersebut yang dapat membantu menghapuskan bakteria, meneutralkan gas formaldehid serta memelihara dan membersihkan alam sekitar.

Produk itu juga berpotensi untuk digunakan dalam industri spa, penulen udara dalam bangunan dan kenderaan, akuarium serta kolam ikan hiasan.

Seterusnya adalah NanoMask yang menggunakan teknologi salutan nanotitania yang boleh membasmi bakteria, bau yang kurang menyenangkan dan gas yang merbahaya seperti formaldehid dan karbon monoksida.

Ujian makmal yang dilakukan telah membuktikan kebolehkan bahan tersebut menghalang pelbagai gas dan bakteria.

Penggunaan salutan nanotitania tersebut menjadikan NanoMask sesuai untuk kegunaan di hospital, industri makanan, industri pembuatan, institusi penyelidikan serta tapak pelupusan sampah untuk melindungi pekerja daripada gas beracun dan bakteria berbahaya.

Kedua-dua inovasi tersebut hanyalah sebahagian sahaja daripada produk akhir yang dapat dihasilkan daripada serbuk atau salutan nanotitania yang diproses daripada ‘Synthetic rutile’.

Terdapat pelbagai lagi produk akhir dapat dihasilkan menerusinya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain