Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

My City My Farm 2016

Semai benih demi masa depan lebih hijau

penganjur dan penaja bergambar semasa majlis pelancaran My City 4
Penganjur dan penaja bergambar semasa majlis pelancaran My City My Farm 2016 di Tropiicana City Mall baru-baru ini.

Bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, sebuah program anjuran Faster Advertising Group yang dinamakan My City My Farm 2016 telah diadakan di pusat beli-belah Tropicana City Mall baru-baru ini.

Program yang penuh makna ini juga diadakan dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan dalam masa yang sama menggalakkan masyarakat supaya bercucuk tanam demi kehidupan yang lebih sihat.

Bermula 3 hingga 12 Jun lalu, kawasan atrium utama Tropicana City Mall telah bertukar menjadi lokasi penanaman tumbuhan dalam bangunan demi menyampaikan mesej penting kepada orang ramai khususnya penduduk bandar akan kepentingan memelihara persekitaran hijau.

Pengarah Eksekutif Faster Advertising Group, Melvin Ong berkata, pihaknya berharap agar mesej yang disampaikan dapat menjadikan kesedaran orang ramai bertukar kepada tindakan untuk memikul tanggungjawab dalam memelihara serta memulihara alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.

“Tabiat yang baik perlu dipupuk sejak kecil lagi, jadi program ini bertujuan memastikan generasi muda memahami impak daripada sikap tidak ambil peduli ke atas pemuliharaan alam sekitar, di samping menyedarkan mereka tentang peranan dalam memuliharanya iaitu melalui tabiat bercucuk tanam.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mewariskan persekitaran yang sihat kepada generasi akan datang. Ini bagi membolehkan mereka hidup dengan selesa, menikmati hidup yang sihat dan makmur sebagaimana yang kita nikmati sekarang.

“Inilah antara sebab mengapa kami menganjurkan program sebegini. Semua ini tercetus daripada pendidikan dan asuhan yang betul mengenai tabiat menanam tumbuh-tumbuhan,” katanya.

Dengan tema Memberi inspirasi kepada masyarakat bercucuk tanam demi kehidupan yang lebih sihat, kempen My City My Farm 2016 menggalakkan orang ramai supaya bercucuk tanam, iaitu satu inisiatif kecil yang bakal memberikan impak besar kepada alam sekitar.

Jelasnya juga, kempen ini turut dilaksanakan untuk menafikan mitos dan juga tanggapan bahawa bercucuk tanam hanya boleh dilakukan di kawasan tanah yang luas atau di kampung.

“Melalui kaedah, kemudahan dan pengetahuan yang betul, ditambah dengan baja semula jadi dengan gred makanan yang sesuai untuk penanaman di rumah, sebidang tanah kecil atau balkoni di rumah bandar boleh bertukar menjadi kebun idaman anda,” katanya.

Dalam aktiviti yang berlangsung selama 10 hari itu, golongan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa boleh belajar cara-cara untuk bercucuk tanam dengan betul.

Melalui program itu juga, dengan hanya RM30, pengunjung akan diberi sepasang tumbuhan berpasu- satu untuk ditanam di Tropicana City Mall, sementara satu lagi boleh dibawa pulang untuk ditanam di rumah.

Pokok-pokok yang ditanam di kawasan kempen itu akan didermakan kepada sebuah institut pendidikan tempatan, secara tidak langsung dapat memupuk tabiat menanam dalam kalangan pelajar sekolah.

Selain itu, menerusi kempen ini juga, sumbangan akan diberikan kepada sebuah pertubuhan kanak-kanak melalui platform SimplyGiving.com.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain