Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mencari talian hayat sang burung

Perhilitan perkenal program biak dan lepas bagi elakkan kepupusan

- 8

Sajak berjudul Burung Merak hasil karya Lasicha itu menceritakan nasib sang burung yang indah dan menjadi mangsa kerana keindahannya. Kebanyakan spesies burung pun begitu nasibnya yang sering menjadi mangsa pembangunan kerana kerakusan manusia menganggu habitatnya seperti dinyatakan dalam bait-bait puisi Surat Daripada Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar karya Sasterawan Negara Usman Awang. Sajak tersebut `menghimpunkan’ pelbagai spesies burung mengadu nasib mereka yang semakin terancam.

Siapa yang tidak mengenali burung merak? Peminat burung pastinya mempunyai sebab mengapa mereka begitu teruja kepada haiwan tersebut. Setiap spesies mempunyai keunikan dan keistimewaan yang menjadi daya tarikan kepada penggemarnya.

Satu daripada spesies burung yang mempunyai daya tarikan tersendiri adalah burung kuang. Ramai mengetahui burung kuang atau burung merak merah hijau kerana keindahan bulunya.

Namun tidak ramai mengetahui burung tersebut juga mempunyai perilaku yang lebih menarik yang tidak disangkakan.

“Burung kuang jantan mempunyai badan yang sasa seolah olah seperti ahli bina badan, dan kelebihan tersebut adalah untuk menggoda atau menarik perhatian burung kuang betina,”.

Demikian keunikan burung tersebut seperti yang dikongsikan oleh Ketua Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Jemaluang di Mersing, Johor, Nuraida Misfani.

PKHL Jemaluang merupakan pusat konservasi burung milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Beliau ditemui sempena program Kembara Bersama Media (KBM) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke sekitar Johor baru-baru ini.

Malah menurut Nuraida, keistimewaan itu juga digunakan untuknya menarik dengan mengembangkan sayap dan ekor ketika menari dan pada waktu ini, keindahan burung jantan tersebut amat terserlah.

Beliau berkata, perilaku burung tersebut dapat diperhatikan ketika hendak mengawan.

“Burung tersebut akan menguis kawasan yang dikenal pasti daripada daun-daun kering serta ranting kayu untuk membentuk bulatan kecil bagaikan gelanggang untuk menari,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut , beliau berkata, musim mengawan itu berlaku dua kali setahun iaitu setiap awal dan hujung tahun.

Malangnya keindahan perilaku burung tersebut tidak mungkin dapat dinikmati pada masa akan datang meskipun di zoo. Ini kerana seperti mana hidupan liar yang lain populasi burung tersebut juga terancam.

Burung kuang dikatakan sangat terancam akibat aktiviti manusia seperti pembukaan hutan yang menganggu habitatnya.

Justeru Perhilitan memandang serius masalah tersebut dengan merangka satu program perlindungan. Untuk tujuan itu, burung tersebut telah disenaraikan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) Diperlindungi Sepenuhnya (Jadual Kedua) .

Antara progam yang diadakan adalah pembiakan dalam kurungan yang telah dijalankan sejak awal tahun 80-an lagi melibatkan spesies seperti Kuang Gunung (Rheinardia ocellata), Kuang Raya (Argusianus argus), Ayam Pegar (Lophura ignita) dan Merah Mata (Lophura erythrophthalma).

Perhilitan juga berjaya menghasilkan kelahiran-kelahiran individu yang baharu dan menambah bilangan individu yang berada di dalam kurungan. Usaha ini diteruskan lagi bagi mendapatkan baka baharu dalam menjayakan program pembiakan dalam kurungan ini.

Pada 2007, satu program tangkapan telah dijalankan melibatkan tangkapan spesies burung Kuang Cermin (Polyplectron inopinatum) di Cameron Highlands. Menerusi program tersebut, sebanyak 10 individu telah berjaya ditangkap. Pada tahun 2011, program tangkapan ditumpukan kepada spesies Merak Pongsu (Polyplectron malacense) dan Kuang Cermin (Polyplectron inopinatum).

Dalam masa yang sama, Perhilitan menerusi PKHL Jemaluang, Johor telah mengadakan projek pembiakan dalam kurungan (pengurusan ex situ) dan konservasi burung kuang.

Program tersebut bertujuan memberi menambah bilangan spesies burung kuang dalam kurungan untuk dijadikan stok pelepasan semula ke habitat asal untuk pengayaan spesies untuk meningkatkan populasi hidupan liar di dalam hutan.

PKHL ini terletak kira-kira 18 kilometer (km) dari bandar Mersing dan tiga kilometer dari bandar Jemaluang. Pusat ini merupakan satu projek di bawah Perhilitan Johor dan Bahagian Konservasi Ex-Situ jabatan tersebut pada 2001 dengan keluasan 50 ekor.

Projek tersebut merupakan salah satu projek flagship (perdana) kementerian yang dilhamkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2010 sempena KBM 2010.

Terdapat tiga spesies burung kuang daripada Famili Phasianide yang dibiakkan di PKHL Jemaluang.

Menurut Nuraida, terdapat 35 buah sangkar yang menempatkan 35 ekor burung dan antara aktivitinya adalah baik pulih sangkar dan pembinaan landskap.

Terdapat 19 spesies burung di negara ini tetapi hanya 15 spesies yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Terdapat dua jenis pembiakan yang semula jadi iaitu ibu haiwan mengeram secara normal dan inkubator menggunakan kaedah sokongan.

Mengenai kaedah pemakanan pula, menu diet yang diberikan adalah buah, dedak, kekacang dan ulat roti sebagai sumber protein . Selain itu, vitamin juga diberikan bagi mengurangkan tekanan kepada burung.

Dalam masa sama, aktiviti baik pulih sangkar pembinaan landskap dan pagar juga dilakukan dan suasana dalam sangkar menawarkan persekitaran habitat sebenar burung berkenaan. Menurut Nuraida lagi, pihaknya juga mengadakan program pelepasan burung yang dianggap sudah bersedia untuk hidup secara semula jadi.

``Sejak 2001 sehingga kini, sebanyak 35 ekor burung kuang telah dilepaskan,’’ujarnya

Inisiatif yang sama dijalankan di PKHL di Sungkai Perak yang juga menggunakan kaedah pembiakan bagi ketiga-tiga spesies kuang tersebut .

Menurut Penolong Pegawai Veterinar PKHL Sungkai, Rozza Nadiah Rosli , pihaknya juga menjalankan kaedah pembiakan menggunakan sistem inkubator selain menggunakan kaedah semula jadi. Telur burung dieramkan dan menetas selepas 21 hari. Menurutnya lagi, , penggunaan inkubator menampakkan kejayaan setakat ini dengan penambahan merak pongsu sebanyak 48 ekor, Kuang Cermin (39 ekor) dan Kuang Raya sebanyak 30 ekor.

``Pada tahun ini, kita telah melepaskan (masing-masing) 10 ekor Merak Pongsu dan empat ekor Kuang Raya ke Rezab Hutan Sungkai dan tujuh ekor Merak Pongsu serta lima ekor Kuang Raya ke Taman Negara Pahang,’’ ujarnya.

Kejayaan tersebut katanya, selaras dengan objektif penubuhan PKHL iaitu membiak hidupan liar spesies terancam dan dilepaskan semula ke habitat asal di hutan.

Dalam pada itu menurut Timbalan Ketua Pengarah Perhilitan, Fakhrul Hatta Musa berkata, Projek Naiktaraf Fasiliti Aviari Burung Sungkai, Perak dijangka dimulakan pada bulan depan dengan beberapa kemudahan yang diperlukan selaras matlamat asal penubuhan pusat konservasi hidupan liar.

Katanya, kemudahan tersebut antaranya adalan kurungan exibit sebanyak dua buah, kurungan kuarantin (dua) dataran dan landskap, stor, dapur penyediaan makanan dan sistem bekalan air aviari (burung).

Beliau berharap dengan adanya kemudahan tersebut, pusat konservasi tersebut akan menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain