Sambutan WED yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini adalah sebagai hari kesedaran alam sekitar amnya atau isu-isu khas tentang alam sekitar. Banyak isu yang dibangkitkan dari isu pencemaran kepada pemanasan dunia, penebangan hutan kepada perubahan cuaca dan kelestarian penghasilan makanan kepada melindungi hidupan liar. Sebanyak 143 negara di dunia menyertai sambutan WED yang mula diadakan pada 1974.

Tahun ini seluruh dunia memfokuskan kepada usaha melawan pencemaran plastik. Sejak sambutan Hari Bumi pada April lalu, seluruh dunia mengetengahkan isu pencemaran plastik. Malah sepanjang tahun 2018 ini fokus kebanyakan isu alam sekitar adalah berkaitan pencemaran plastik.

Kenapa pencemaran plastik menjadi fokus? Mungkin kerana keadaannya sudah sampai membahayakan alam sekitar dan mengancam kesihatan manusia, maka PBB mengajak semua negara mengambil tindakan melawan dan menamatkan pencemaran plastik di seluruh dunia.

Pada tahun 2011 lagi, PBB telah pun memberi amaran kepada dunia yang pencemaran di lautan menghadapi pelbagai ancaman dari membahayakan hidupan liar, merosakkan industri pelancongan kepada pencemaran makanan manusia yang boleh menyebabkan barah. Atas asas itu semua pihak daripada kerajaan, badan penyelidikan dan agensi perniagaan sepakat meminta seluruh dunia menambah baik pengurusan sisa pepejal dan prihatin kepada kehadiran plastik dalam lautan dan pantai yang dibawa melalui sungai, banjir dan angin.

Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), sebanyak 270 spesies di seluruh dunia menghadapi masalah terjerat atau termakan sampah plastik. Ini termasuk 86 peratus penyu, 44 peratus burung laut dan 43 peratus mamalia laut.

Di samping itu, perhatian juga kepada kesihatan manusia apabila bahan plastik boleh menyebabkan keracunan, penyakit barah, masalah sistem pembiakan, dan risiko-risiko kesihatan lain apabila bahan kimia mencemari rantai makanan. Plastik juga memberi kesan kepada pelancongan apabila ia mencemar pantai dan merosakkan ekosistem batu karang.

Berdasarkan laporan ekonomi hijau 2011 UNEP, pengurusan sisa adalah satu daripada 10 sektor ekonomi penting. Nilai sisa kepada tenaga dijangka berjumlah RM60 juta pada 2018 dan dijangka terus meningkat.

Malaysia tidak terkecuali menyambut WED yang dilancarkan pada 1972 disambut pada 5 Jun setiap tahun.

Setiap tahun ada negara yang menawarkan untuk menjadi tuan rumah sebagai penganjur WED. Tahun ini, India akan menjadi tuan rumah, manakala tahun lepas dianjurkan oleh Kanada dengan tema Menghubungkan Masyarakat Dengan Alam Semula Jadi.

Sambutan WED boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti kempen, pertunjukan, konvensyen dan perarakan, menanam pokok dan syarahan.

Pencemaran bahan kimia atau hakisan permukaan memberi kesan kepada penduduk tempatan. Dengan pengetahuan dan kesedaran rakyat yang tinggi, maka mereka akan melaporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan segera.

Begitu juga penduduk bandar yang mempunyai gaya hidup berbeza banyak menggunakan plastik dan memerlukan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang cekap. Dengan kefahaman dan tanggungjawab sosial yang tinggi, masing-masing rakyat Malaysia akan lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Beberapa negeri dan bandar seperti Pulau Pinang sejak 2012, Sibu (2014) dan Melaka (2015) mengambil tindakan mengharamkan penggunaan styrofom dan beg plastik.

Tindakan tersebut suatu yang baik menunjukkan masyarakat prihatin kepada alam sekitar. Begitu juga mengharamkan plastik di pasar raya Selangor dan Kuala Lumpur pada hari-hari tertentu.

Kempen 3R (Reject, Reduce, Recycle) juga merupakan petunjuk kesedaran awam dalam isu pencemaran plastik yang boleh merosakkan alam sekitar.

Pendidikan di sekolah tentang plastik boleh membahayakan hidupan laut seperti penyu, ikan, ikan lumba-lumba, ikan paus dan burung laut juga boleh memberikan kesedaran yang signifikan dalam melawan pencemaran plastik. Pelajar juga perlu tahu yang plastik boleh memberikan kesan karsinogenik apabila dipanaskan dan mengeluarkan bahan kimia menyerupai hormon bahaya.

Pencemaran plastik sudah menjadi epidemik. Setiap tahun plastik yang dibuang ke laut dan mengelilingi dunia yang bertanggungjawab membunuh sejuta burung laut dan 100,000 mamalia yang hidup di laut setiap tahun.

Sudah sampai masanya kita berfikir tentang penggunaan plastik dan bagaimana menguruskannya agar pencemaran plastik dapat dikurangkan.

Antara perkara yang boleh dibuat adalah elakkan daripada menggunakan plastik untuk membungkus makanan, minuman dan membawa barangan selama setahun.

Tema Melawan Pencemaran Plastik mengharapkan kerajaan, industri, komuniti dan individu bersama-sama mencari jalan mengurangkan penggunaan plastik yang boleh mencemar lautan, membunuh hidupan laut dan mengancam kesihatan manusia.

Masyarakat Malaysia yang asalnya hidup harmoni dengan alam semula jadi dan diberikan pendidikan berterusan tentang alam sekitar dan kepentingannya, sudah tentu mudah untuk diajak bersama menjaga alam sekitar termasuk mengurangkan pencemaran plastik.

Sikap lama menganggap sungai tempat buang sampah dan sampah akan ke laut sepatutnya sudah berlalu. Sampah yang ke laut akan balik ke pantai dan semasa di laut hasil peruputan akan menjadi partikel kecil dimakan oleh hidupan laut.

Setiap tahun dianggarkan 500 bilion beg plastik digunakan dan setiap tahun, lapan juta tan plastik berakhir di lautan, 50 peratus plastik yang digunakan dibuang, dan satu juta botol plastik digunakan setiap minit.

Plastik merupakan 10 peratus daripada semua sisa dihasilkan manusia. Pencemaran plastik sudah berada pada tahap kecemasan yang boleh mengancam kesihatan manusia.

Pendidikan di sekolah tentang plastik boleh membahayakan hidupan laut seperti penyu ikan, ikan lumba-lumba, ikan paus dan burung laut juga boleh memberikan kesedaran yang signifikan dalam melawan pencemaran plastik. Pelajar juga perlu tahu yang plastik boleh memberikan kesan karsinogenik apabila dipanaskan dan mengeluarkan bahan kimia menyerupai hormon yang bahaya.

Pencemaran plastik sudah menjadi epidemik. Setiap tahun plastik yang dibuang ke laut dan mengelilingi dunia yang bertanggungkjawab membunuh sejuta burung laut dan 100,000 mamalia yang hidup dilaut setiap tahun. Sudah sampai masanya kita berfikir tentang penggunaan plastik dan bagaimana menguruskannya agar pencemaran plastik dapat dikurangkan. Mengurangkan pencemaran plastik adalah satu cabaran yang besar kerana seluruh dunia manusia menggunakan plastik.

Antara perkara yang boleh di buat ialah elakkan daripada menggunakan plastik untuk membungkus makanan, minuman dan membawa barangan selama setahun. Sekiranya terpaksa semua orang mestilah menguruskan plastik dengan baik tanpa membuang ke tapak pelupusan sampah atau ke laut. Mulakanlah dengan keluarga anda.

Tema melawan pencemaran plastik mengharapkan kerajaan, industri, komuniti dan individu bersama-sama mencari jalan mengurangkan penggunaan plastik yang boleh mencemar lautan, membunuh hidupan laut dan mengancam kesihatan manusia. Masyarakat Malaysia yang asalnya hidup harmoni dengan alam semulajadi dan diberikan pendidikan berterusan tentang alam sekitar dan kepentingannya, sudah tentu mudah untuk diajak bersama menjaga alam sekitar termasuk mengurangkan pencemaran plastic. Sikap lama menganggap sungai tempat buang sampah dan sampah akan ke laut sepatutnya sudah berlalu. Sampah yang ke laut akan balik ke pantai dan semasa di laut hasil peruputan akan menjadi partikel kecil dimakan oleh hidupan laut.

Tiap tahun dianggarkan 500 bilion beg plastik digunakan dan setiap tahun 8 juta tan plastik berakhir di lautan, 50% plastik yang digunakan dibuang, 1 juta botol plastik digunakan setiap minit.

Plastik merupakan 10% daripada semua sisa di hasilkan manusia. Pencemaran plastik sudah di tahap kecemasan yang boleh mengancam kesihatan manusia.