Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kumbang korek buah mangga

Kumbang pengorek  buah dewasa. 2
Kumbang pengorek buah dewasa.

Dalam Siri VI ini Jabatan Pertanian berkongsi maklumat mengenai masalah kumbang yang merosakkan buah mangga.

Nama biasa perosak: Kumbang pengorek buah mangga

Nama saintifik: Ada tiga spesies

(1) Kumbang pengorek biji mangga (Stone weevil) - Crytorrhynchus mangiferae (F.) - (Sternochetus mangiferae)

(2) Kumbang pengorek mangga - Cryptorrhynchus gravis (F.)

(3) Kumbang pengorek biji - Cryptorrhynchus oliverieri (F.)

Famil: Curculionidae (Snout weevil)

Order: Coleoptera

Perumah utama:

(1) Cryptorrhynchus mangiferae (F.) - Mangga

(2) Cryptorrhynchus gravis (F.) – Mangga, macang, kuini

(3) Cryptorrhynchus oliverieri (F.) - mangga

Penyebaran:

Penyebaran adalah cosmotropikal iaitu tersebar luas di seluruh Asia seperti Myanmar, Malaysia, Filipina, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Thailand, Indonesia, Jepun dan Selatan India; di Afrika seperti Tanzania, Uganda, New Caledonia, Mozambique, Mauritius; dan di Australia Timur, Kepulauan Pasifik dan Hawaii.

Status perosak:

Salah satu perosak utama tanaman mangga di Malaysia

Pengenalan:

Dewasa -

(a) Ketiga-tiga spesies tersebut mempunyai bentuk yang serupa tetapi saiz dan warna kepak hadapan (elyptra) berbeza.

(b) C. mangiferae dan C. olivieri mempunyai saiz lebih kurang sama iaitu tujuh mm panjang dan empat mm lebar, sedangkan C. gravis adalah lebih kecil iaitu lima mm.

(c) Warna C. mangiferae dan C. gravis hampir sama iaitu coklat kehitaman. C. olivieri juga berwarna coklat kehitaman tetapi berbeza kerana mempunyai jalur kuning samar yang lebat pada elyptranya.

Telur – Telur adalah sangat kecil, berwarna putih dan berbentuk lonjong.

Larva – Badan berwarna putih, kepala berwarna gelap atau coklat. Ia tidak berkaki (apodus).

Biologi dan ekologi: Kumbang dewasa kurang aktif. Pada waktu siang ia biasanya bersembunyi di celah-celah kulit pokok. Ia keluar pada waktu malam untuk makan. Ia memakan cairan yang keluar dari buah yang ditoreh.

Walaupun ia tergolong dalam haiwan terbang yang kuat, tetapi ia jarang terbang jauh dari tempat asalnya. Semasa di luar musim buah, ia bersembunyi di celah-celah kulit atau di tempat lain tanpa makan.

Kumbang dewasa boleh hidup sehingga 140 hari. Biasanya kumbang betina bertelur dengan meletakkan telurnya di permukaan kulit buah yang masih muda.

Kumbang membuat torehan kecil dan cetek pada kulit buah (tanpa keluar getah) dan meletakkan telur dalam torehan tersebut. Biasanya hanya satu telur diletakkan dalam torehan tersebut.

Telur tersebut ditutupi cairan pelindung berwarna coklat yang dikeluarkan oleh kumbang betina.

Kumbang meletakkan lebih daripada satu telur pada satu buah tetapi biasanya hanya enam atau tujuh hari sahaja akan menjadi kumbang dewasa.

Kumbang betina boleh bertelur sehingga 15 telur sehari dan kira-kira 300 biji dalam tempoh tiga bulan.

Telur menetas dalam tempoh seminggu. Selepas menetas larva akan mengorek masuk ke dalam buah. Larva membesar dengan memakan mesokap (isi buah) atau dalam biji (endokap).

Tempoh larva adalah antara 30 hingga 36 hari. Peringkat kepompong selama antara lima hingga tujuh hari juga terjadi dalam buah.

Setelah keluar daripada kepompong, kumbang akan membuat terowong baru untuk keluar. Biasanya pada ketika itu buah berada pada peringkat masak.

Kerosakan:

Larva mengorek dan memakan isi buah dan biji. Buah yang diserang biasanya dari luar kelihatan normal, tiada sebarang kecederaan, sihat tetapi kalau dibelah akan kelihatan terowongan, kerosakan dan sisa buangan dalam isi buah.

Kerugian:

Sehingga sekarang tiada laporan serangan teruk berlaku.

Kawalan:

Kawalan kultura

Buah-buah yang jatuh atau diserang dikumpul dan dimusnahkan (Sebagai contoh dengan menanam dalam tanah atau membakar). Di samping itu, di sekitar pohon perlu bersih dari kotoran.

Bungkus buah lima minggu selepas peringkat putik.

Kawalan biologi dan kawalan semula jadi

Gunakan kerengga, Oecophylla iaitu dengan memindahkan kerengga ke pokok berkenaan. Kerengga boleh menghalau kumbang dewasa datang ke pokok berkenaan untuk bertelur.

Kawalan kimia

Kawalan kimia dilakukan jika perlu sahaja. Jika berlaku serangan pada musim lepas maka kawalan kimia untuk pencegahan perlu dilakukan.

Sebarang soalan dan aduan berkenaan masalah pertanian sila e-mel ke [email protected]/ [email protected]/ atau [email protected]

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain