Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Klon hasil tinggi

MARDI berjaya hasilkan beberapa klon kopi

KUALA LUMPUR 1 Julai 2015 - Proses penanaman dan penyelidikan 4

Setakat yang diketahui, tidak ada statistik yang tepat mengenai nilai sebenar industri kopi tempatan meskipun kelihatan ia makin popular dalam kalangan peminat minuman tersebut di negara ini.

Justeru, ramai tidak mengetahui perkembangan semasa industri kopi dari aspek pengeluaran dan penyelidikan kerana ia hanya popular semasa berada di dalam cawan di atas meja sahaja.

Walau bagaimanapun, senario sebenar industri kopi tidak ramai yang ingin mengambil tahu meskipun terdapat usahawan kopi terkenal di merata tempat ketika ini. Seperti dinyatakan, usaha memasarkan kopi tidak begitu rumit terutama apabila disokong dengan pelbagai bentuk pengeluaran kopi seperti pracampuran yang begitu popular ketika ini. Walau bagaimanapun, di manakah mereka memperoleh bekalan mentah kopi tersebut?.

Memang terdapat pengusaha yang menanamnya di estet atau ladang komersial tetapi sejauh mana mereka mampu memenuhi permintaan pasaran daripada segi kuantiti pengeluaran.

Adakah baka atau benih yang mereka hasilkan berkualiti, memenuhi selera penggemarnya serta berpotensi untuk dipasarkan. Terdapat pelbagai varieti kopi tetapi yang popular ialah Arabica (Coffea arabica) dan Robusta serta Liberica. Berdasarkan sejarah, tanaman kopi dikatakan berasal dari Ethiopia, Afrika kira-kira 3,000 tahun dahulu.

Sejak sekian lama kopi menjadi minuman paling popular di seluruh dunia. Menyedari akan kepentingan memperhebatkan semula industri kopi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan penyelidikan teknologi pengeluaran serta menghasilkan benih baharu kopi varieti Liberica dengan menghasilkan bahan tanaman yang bermutu. Penggunaan varieti Liberica adalah tepat memandangkan ia sesuai ditanam di kebanyakan kawasan tanah di negara ini.

Pada satu ketika, iaitu kira-kira 30 tahun lalu jumlah pengeluaran kopi Liberica hanyalah antara 0.3 tan hingga 0.7 tan sehektar.

Malaysia mengimport kopi dengan nilai purata RM57.4 juta jenis Robusta dan Arabica dan dalam masa yang sama, mengeksport kopi jenis Liberica serta kopi segera hasil daripada pemprosesan Robusta dan Arabica bernilai RM11 juta.

Justeru bagi menampung keperluan segera tanaman kopi yang berkualiti, MARDI melakukan penilaian dan pemilihan dan berjaya menghasilkan benih polihibrid sebagai bahan tanaman iaitu MKL 1 pada 1992.

Seorang pegawai penyelidik dari Pusat Penyelidikan Hortikultur agensi berkenaan, Mohd Rani Awang berkata, MKL 1 ialah hasil daripada baka yang terpilih yang dihasilkan daripada program pemilihan yang bertujuan mengatasi masalah ketiadaan bahan tanaman berkualiti. MKL 1 mampu meningkatkan hasil sekali ganda berbanding benih tanaman yang digunakan yang tidak diketahui sumbernya yang diusahakan oleh petani pada masa itu.

“Dalam masa sama, MARDI juga melaksanakan program penghasilan baka jangka sederhana dengan menghasilkan klon kopi Liberica yang lebih baik hasilnya,’’ ujarnya.

Menurut beliau yang juga Pegawai Penyelidik Program Herba Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI, program penghasilan baka, mengambil masa selama 13 tahun untuk ditentusahkan.

Program pembangunan penghasilan baka bermula sejak 1981 dengan pemilihan induk berprestasi tinggi dari pelbagai kawasan.

Ia melibatkan hasil, kesuburan serta bentuk pokok, ciri-ciri mutu seperti saiz buah dan biji serta rintang terhadap perosak dan penyakit. Pokok tersebut kemudiannya dibiakkan secara tampang dan disimpan dalam koleksi janaplasma.

Berdasarkan pemilihan awal mengikut ciri-ciri yang dikehendaki, sebanyak 50 pokok telah dipilih dan hasilnya dinilai selama dua tahun sebelum 10 daripadanya ditanam di ladang ujian selama sembilan tahun di Stesen MARDI Kluang, Johor dan akhirnya tiga klon terbaik telah dikenal pasti iaitu MKL2, MKL3 dan MKL 4 pada 1995.

Pada 2008, tiga lagi klon Liberica berjaya dihasilkan iaitu MKL 5, MKL 6 dan MKL 7 bagi varieti Liberica yang mengeluarkan hasil yang lebih baik berbanding baka yang disyorkan sebelum itu. MARDI juga pernah memperkenalkan baka kopi Robusta pada 1992 yang dinamakan MKR 1. Justeru, MARDI telah berjaya menghasilkan beberapa baka klon kopi berkualiti yang berpotensi menghasilkan pulangan lebih baik dan kos pengeluaran yang rendah.

Sebagai contoh, hasil buah kopi atau kopi jambu purata hasil ialah 24 tan sehektar (t/ha) iaitu 64 peratus lebih tinggi berbanding baka biasa (14.6 t/ha) manakala bagi kopi beras (biji kopi) hasil klon adalah 2.18 t/ha berbanding baka biasa 1.29 t/ha.

Kopi klon juga jugak mengambil masalah lapan bulan untuk berbunga iaitu sembilan bulan lebih awal berbanding baka biasa.

Penilian tersebut dilakukan dengan melihat kepada purata hasil, saiz kopi jambu (buah kopi), dan kopi beras (biji kopi ) yang menunjukkan baka klon lebih baik berbanding polihibrid dan baka biasa.

Pendapatan penanam juga boleh meningkat dalam tempoh 25 tahun penanaman.

Masalah utama penanaman kopi di negara ini bukan sahaja mengeluarkan hasil rendah tetapi juga ancaman penyakit terutama ulat pengorek buah dan karat daun.

Harga kopi pula agak rendah iaitu pada satu ketika 60 sen sekilogram serta sukar untuk menjalankan kerja-kerja penuaian menjadikan kawasan penanaman merosot daripada 9,000 hektar (ha) kepada 2,000 ha.

Masalah persaingan juga menyebabkan ia menjadi tidak popular. Malaysia mengimport kopi bernilai RM600 juta setahun terutama varieti Arabica dan Robusta tetapi masalah cuaca menyebabkan kajian tertumpu kepada Liberica.

MARDI kini masih menjalankan kajian untuk mencari klon kopi terbaik untuk digunakan oleh penanam.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pusat Penyelidikan Ternakan MARDI Kluang (Bahagian Hortikultur) di talian 07-724311 atau 724313 atau Pusat Penyelidikan Buah-buahan MARDI Bukit Tangga (Bahagian Hortikultur) di talian 04-9222601.

Dalam pada itu Jabatan Pertanian mengesyorkan kopi klon baharu jenis Liberica MKL5, MKL6 dan MKL7 kerana mempunyai ciri-ciri baik seperti hasil lebih tinggi, penyelenggaraan lebih mudah, kurang masalah serangan perosak dan harga pasaran yang lebih baik.

Pada masa ini, pembiakan benih-benih kopi tersebut dilakukan di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat, Johor. Untuk mendapatkan bekalan anak benih kopi tersebut, mereka boleh menghubungi ketua pusat berkenaan.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain