Apatah lagi, UTM memberi keutamaan kepada bidang sains dan kejuruteraan yang memerlukan makmal dan peralatan yang bukan sahaja mencukupi tetapi juga sesuai.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan makmal yang dimiliki itu digunakan dengan optimum, UTM mewujudkan apa yang dipanggil sebagai Unit Pengurusan Makmal Universiti (UPMU) dan Universiti Industry Research Laboratory (UIRL).

Menurut bekas pengarah dan pengasas dan pengasas UPMU/UIRL UTM, Prof. Madya Mustafa Yusof, pewujudannya bertujuan memusatkan pengurusan makmal secara menyeluruh bagi memberi impak yang besar dalam perbelanjaan daripada yang peruntukan kerajaan.

Masalahnya kata beliau jika tidak berpusat peruntukan yang diterima daripada kerajaan terpaksa di agih-agihkan ke jabatan jabatan mengikut keperluan.

“Oleh itu peruntukan akan menjadi kecil dan ini akan menyebabkan jabatan-jabatan di universiti tidak mampu memberi peralatan yang canggih dan terkini,” ujar beliau.

Beliau berkata, UTM berubah sepenuhnya kepada pengurusan makmal yang berpusat bermula tahun 2010 supaya perkongsian penggunaan peralatan dengan staf dan mewujdukan makmal yang tanpa sempadan serta meletakkan pengurus makmal, staf, peralatan dan lain-lain di bawah satu bumbung.

Selain itu katanya, semua peruntukan dan pembelanjaan makmal di urus oleh pengarah dan pengurus makmal.

Konsep pengurusan makmal berpusat kata beliau mampu memberi keuntungan besar kepada UTM berdasarkan kepada peralatan untuk pengajaran dan penyelidikan diserahkan sepenuhnya kepada pengurus makmal bagi membolehkan penyelenggaraan diurus dengan lebih tersusun dan sebahagiannya boleh diselenggara sendiri manakala peruntukan dapat digunakan sepenuhnya

Mengenai UIRL pula, Mustafa berkata, ia diwujudkan pada dengan hanya menstrukturkan semula agihan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Dengan cara itu, UTM mampu melakukan pengujian berimpak tinggi menggunakan peralatan yang paling terkini, menjalankan pengujian terkini yang boleh menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi, membuka ruang kepada penyelidik menghasilkan kertas kerja di dalam Nature iaitu journal paling berprestij di dunia.

Selain itu, ia dapat membantu industri dalam penyelidikan produk yangg selama ini menggunakan perkhidmatan luar negara dan mampu menarik penyelidik dalam dan luar negara bersama-sama menjalankan penyelidikan dan menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan.

Pewujudan UIRL juga berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penyelidikan, peralatan penyelidikan, perkhidmatan penyelidikan, kepakaran hands-on peralatan canggih, pengajaran, perundingan dan perkongsian penyelidikan.

Konsep pewujudan itu juga menyediakan peralatan yang penting bagi membolehkan penyelidikan pelbagai disiplin ilmu dijalankan seperti bahan nano, kaedah nano pembuatan berkaitan sains bahan asas, sensor, elektronik, biosistem, produk perubatan, optik dan sistem skala nano.

Banyak lagi penyelidikan boleh dijaankan secara berfokus selain menjalankan analisis kualitatif dan kuantitatif, ubat-ubatan, racun perosak, air, halal makanan selamat serta mangkin, toksikologi serta ujian kesesuaian bio.

Dalam pada jumlah peralatan di UIRL kini melebihi 50 alat dan kos untuk satu satu alat adalah dalam julat RM100,000 hingga RM10 juta ringgit setiap alat berkenaan.