Pada tahun ini, Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNOOSA di Vienna, Austria menetapkan sambutan Minggu Angkasa Sedunia (MAS) pada tahun bertemakan Penerokaan Dunia Baharu di Angkasa Lepas (Exploring New Worlds in Space).

Sejarah MAS bermula seawal tahun 1980-an apabila Pertubuhan Minggu Angkasa Sedunia (World Space Week Association) ditubuhkan untuk mempromosikan minggu angkasa iaitu untuk meraikan pendaratan manusia pertama di bulan pada setiap Julai, yang mana sambutan ini diadakan di Houston, Amerika Syarikat (AS). Untuk makluman, Houston ialah tempat yang bersejarah kerana ia merupakan pusat aktiviti penerokaan manusia ke angkasa lepas untuk Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat.

Pada tahun 1999, sambutan minggu angkasa ini telah tersebar ke 15 buah negara lain apabila Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengisytiharkan MAS akan diraikan di seluruh dunia setiap tahun tarikh 4 hingga 10 Oktober. Semenjak itu, Pertubuhan Minggu Angkasa Sedunia bertanggungjawab untuk menguruskan MAS bagi pihak UNOOSA.

Tarikh 4 Oktober 1957 di pilih sempana memperingati pelancaran objek buatan manusia yang pertama iaitu satelit Sputnik 1 oleh Kesatuan Soviet Sosialis Russia (USSR) ke angkasa lepas. Detik tersebut merupakan manifestasi bermulanya penerokaan moden ke angkasa lepas, manakala 10 Oktober 1967 pula dipilih kerana bermulanya penguatkuasaan Perjanjian mengenai Prinsip Urus Tabdir Aktiviti Negara terhadap Penerokaan Angkasa Lepas dan Penggunaan Angkasa Lepas, termasuk Bulan dan Objek-objek Lain Angkasa (Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, including the Moon and Other Celestial Bodies).

Semenjak pengisytiharan oleh PBB tersebut, MAS tidak menoleh ke belakang lagi dan sehingga kini merupakan perhimpunan terbesar aktiviti angkasa dengan lebih dari 2, 700 aktiviti dijalankan di 86 buah negara yang diraikan di seluruh penduduk di planet bumi pada tahun 2016.

Matlamat utamanya hanyalah satu iaitu untuk mendapatkan sokongan seluruh penduduk Bbumi mengenai manfaat penerokaan ke angkasa lepas.

Untuk menunjukkan kepelbagaian dan menyemarakkan sambutan MAS, tema yang ditonjolkan setiap tahun adalah berbeza dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Capai impian ke angkasa lepas guna sains

Tema MAS pada tahun 2017 ini ialah Penerokaan Dunia Baru di Angkasa Lepas.

Dari perlumbaan yang pertama yang sunyi ke Kutub Selatan bumi, pelayaran solo merentasi Lautan Atlantik, pemburuan rempah ratus dan sumber galian yang mendorong penjajahan Barat ke atas Timur, semuanya itu simbol sifat keinginan manusia untuk meneroka.

Sehubungan itu, tema MAS pada tahun ini menghangatkan naluri semula jadi manusia iaitu penerokaan tidak pernah tamat dan langit bukan hadnya, sebaliknya mungkin sebagai garisan permulaan. Angkasa lepas masih menjanjikan misteri dan kekaguman yang menunggu masa untuk dirungkaikan.

Tema pada tahun ini yang berkonsepkan “meneroka ke luar” sangat melengkapi kerana pada tahun lepas, temanya ialah penderiaan jauh atau remote sensing sebagai keperluan masa hadapan iaitu yang bersifat ‘meneroka ke dalam” iaitu melihat bumi melalui satelit.

Dengan bersendikan tema- tema MAS, keseimbangan antara program angkasa di sesebuah negara itu amat mustahak. Polisi angkasa yang berlandaskan satu rangka kerja yang terperinci, mudah difahami dan disokong oleh semua pemain angkasa tempatan pasti mampu mengimbangi antara program yang berfokuskan sains, teknologi dan aplikasi angkasa.

Selain itu, MAS juga merupakan platform yang baik untuk semua penggiat angkasa di sesebuah negara bekerjasama untuk membangunkan bidang ini dan seterusnya menarik sokongan rakyat untuk menyokong program angkasa negara.

Menerusi koordinasi yang mantap, program bertemakan angkasa ini dapat disinergikan dengan agenda Transformasi Negara 2050 (TN50), Revolusi Industri 4.0 serta inisiatif sains, teknologi , kejuruteraan dan matematik (STEM).

Rakyat Malaysia pasti berbangga jika pada suatu masa yang tidaklah terlalu lama sangat, salah satu misteri angkasa lepas itu akan dirungkai oleh peneroka dari Malaysia dan tidak mustahil satu hari nanti, nama Malaysia akan berada di planet Marikh atau salah satu planet di luar sistem suria.

Suburkan keghairahan untuk “meneroka” itu. Halangan atau kegagalan hanyalah merupakan tangga menuju kejayaan. Jom bermula dengan melihat ke langit atau angkasa kita.

1 Memberi maklumat dan pendidikan mengenai manfaat dari aktiviti penerokaan dan penggunaan angkasa lepas untuk pembangunan ekonomi yang lestari;

2 Platform untuk masyarakat menunjukkan sokongan kepada program angkasa lepas;

3 Merangsang kelompok muda terutama mengenai sains, teknologi, kejuruteraan dan sains; dan

4 Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan sains angkasa.

* Program pilihan MAS boleh dilayari di laman web World Space Week (http://worldspaceweerk.org/events/even-list/

Empat objek 
utama MAS

Tema MAS 2017 yang berlandaskan “meneroka ke luar” bermaksud mengajak masyarakat dunia untuk melihat dunia angkasa lepas yang tiada sempadan. Ia boleh bermula dengan melihat di luar bumi iaitu berkenalan dengan jiran bumi seperti planet Marikh atau melihat di luar sistem suria kita menjangkaui planet kerdil Pluto sehingga ke planet yang baharu ditemukan yang mengelilingi bintang lain daripada matahari yang juga dikenali sebagai exoplanet.

Penemuan ini sememangnya membuka satu dimensi dunia baharu untuk umat manusia keseluruhannya. Pengembaraan manusia menerusi probe angkasa telah sampai ke pinggir sistem suria kita. Adakah kita masih melekat di bumi?

Sekurang-kurangnya biarlah impian kita juga terlepas bebas ke angkasa lepas.

Penerokaan angkasa lepas melalui misi NASA Amerika Syarikat, New Horizons umpamanya mempunyai misi saintifik untuk memberi kefahaman mengenai dunia di pinggir sistem suria kita dan melaksanakan peninjauan pertama ke atas planet kerdil Pluto dan seterusnya meninjau sehingga Lingkaran Kuiper (Kuiper Belt) iaitu peninggalan yang merupakan penunjuk penting pembentukan awal sistem suria kita.

Selain itu, pengkajian astrobiologi yang meliputi kajian asal usul, evolusi dan kehidupan di alam semesta juga mula menampakkan hala tujunya yang jelas apabila saintis mula memahami sifat alam semesta yang menyokong kehidupan seperti pemahaman ke atas sistem pembentukan bintang dan planet.

Projek saintifik penerokaan ke angkasa lepas ini tidak akan berjaya jika tidak disokong dengan teknologi kejuruteraan yang termaju seperti yang sedang diusahakan oleh konglomerat gergasi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) seperti Lockheed Martin melalui projek pembinaan kapal angkasa Orion Multi-Purpose Crew Vehicle yang direka bentuk bagi membolehkan NASA menjayakan misi manusia pertama mendarat di planet Marikh.

Selain itu, watak yang tidak kurang penting dalam penerokaan ke angkasa ialah Space X iaitu inisiatif industri yang berjaya merevolusikan teknologi roket dalam usaha penerokaan manusia ke angkasa lepas. Matlamatnya adalah untuk membangunkan koloni kehidupan manusia pertama di Planet Marikh selain cita-citanya untuk menerajui penerokaan sumber asli dari asteroid dan menjana kuasa matahari di orbit Bumi.

Sehubungan itu, tema MAS pada tahun ini merupakan platform terbaik untuk membahas dan membincangkan apakah destinasi penerokaan angkasa lepas yang seterusnya.

Perbincangan ilmiah atau secara santai itu haruslah meliputi isu-isu seperti manfaat dan cabaran untuk merealisasikan cita-cita tersebut dalam konteks negara masing-masing serta melalui kerjasama antarabangsa.

Sehubungan itu, MAS mempunyai harapan yang tinggi bagi agensi angkasa, planetarium, pusat sains, universiti, NGO dan sebagainya menyediakan platform untuk menyemarakkan perbincangan mengenai penerokaan ke angkasa lepas.

PEMBENTANG:

Simposium Keusahawanan Angkasa

l Dr. Noordin Ahmad
Ketua Pengarah
Agensi Angkasa Negara
Prof. Emiritus Datuk Dr. Mazlan Othman
Pengarah 
International Council for Science Union (ICSU),
Regional Office for Asia & Pasifik (ROAP)
l Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff (UPM)
l Prof. Madya Dr. Mohd. Fadzil Mohd Akhir (UMT)
l Izmir Yasmin
Pengaras CEO/CTO
Independence X
lJuliana Jan
Ketua Pegawai Pelaburan
Cradle
l Haziq Fariz Hasnl
Pengasas/CEO REKA
l Syed Ahmad Fuqaha
Pengasas Katsana
l Dash Chakshinamoorthy
Pengasas Startup Malaysia

Ringkasan aktiviti

Acara Tarikh Lokasi

Simposum Keusahawanan Angkasa 2017 5 Oktober 2017 Universiti Putra Malaysia

l Simposium ini akan memfokuskan isu sekitar kemajuan teknologi angkasa dan keusahawanan dalam usaha untuk mencetus inspirasi kepada golongan siswazah dan profesional untuk menceburi dan merebut peluang dalam sektor perniagaan berteraskan angkasa di Malaysia.

https://www.facebook.com/malaysiaspaceinitiative/

Kem Angkasa Generasi Marikh 8 Oktober 2017 Petrosains KLCC

l Kem angkasa Generasi Marikh adalah program pembangunan bakat kanak-kanak yang berumur dari usia tujuh hingga 12 tahun dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Petrosains menjadi tuan rumah untuk aktiviti ini. Sempena dengan kem ini juga, Kapten Faiz Kamaludin, empat calon terakhir semasa Program Angkasawan Negara 2007 juga akan melancarkan bukunya yang berjudul Astronaut Corps of Malaysia: The Selection Process. Buku ini mengimbau kembali pengalaman sebenar beliau semasa detik-detik latihan pemilihan angkasawan tersebut.

https://www.facebook.com/generasimarikhmalaysia/