Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dinding ‘hijau’ sejukkan persekitaran

Orang ramai tertarik melihat dengan lebih rapat inovasi yang dihasilkan 3
Orang ramai tertarik melihat dengan lebih rapat inovasi yang dihasilkan

Di kebanyakan negara membangun, kawasan bandar telah menjadi punca kepada isu alam sekitar seperti pulau haba bandar (urban heat island) dan pencemaran udara luar yang berasal dari sektor pembinaan, pengangkutan, pengurusan sisa dan loji penjanaan tenaga.

Menggalakkan tumbuhan hijau adalah pendekatan yang sesuai untuk memperbaiki kualiti udara dan menurunkan haba persekitaran.

Di Malaysia, seni bina kontemporari semakin tertumpu kepada sistem penghijauan menegak yang dapat membantu memulihkan integriti alam sekitar kawasan bandar, biodiversiti dan kemampanannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan sistem vertikal hijau masih baharu yang memerlukan lebih banyak pendedahan kepada amalan terbaik yang berkaitan dengan kaedah meningkatkan keselesaan manusia dan meningkatkan kualiti udara.

Menyedari kepentingan menghijaukan persekitaran dengan elemen alam sekitar, penyelidik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Chong Wen Tong dan kumpulannya membangunkan sistem Pembersihan Udara Ekologi dan Sistem Penyejuk untuk menjadikan kawasan sasaran lebih hijau.

Dr. Wen Tong berkata, teknologi tersebut merupakan gabungan dua konsep iaitu sistem penghijauan menegak (konsep semula jadi) dengan menggunakan tanaman penapisan udara hidroponik dan sistem penyejukan sejat (konsep kejuruteraan).

“Tanaman penapisan udara hidroponik (golden pothos) digunakan sebagai penapis sistem penyejukan sejat yang mampu mengeluarkan bahan cemar biasa seperti formaldehid dan benzena dan juga meningkatkan suhu di persekitaran,” ujarnya.

Beliau berkata, konsep kejuruteraan yang disesuaikan itu adalah sistem penyejukan sejatan langsung iaitu apabila udara tercemar melalui pancuran ringan air di atas permukaan basah iaitu pad penyejukan, maka ia menurunkan suhu udara, meningkatkan kandungan lembapannya dan juga secara aktif menurunkan zarah debu di udara ke dalam juzuk air.

Dalam sistem tersebut, kipas pengudaraan mekanikal menghasilkan udara yang bersih, segar dan ditapis.

Sistem tersebut menggunakan tenaga elektrik yang dikuasakan oleh panel tenaga solar fotovoltaik untuk menjana kipas pengudaraan mekanikal dan pam mekanikal.

Reka bentuk sistem berkenaan adalah padat, yang menggabungkan sistem penyejukan sejat dan sistem penghijauan menegak yang terdiri daripada tanaman penapisan udara hidroponik sebagai medium penapisan.

Sistem tersebut boleh digunakan di dalam mahupun di luar kawasan bangunan seperti di dalam kawasan pejabat (untuk meningkatkan kualiti udara dalaman), di koridor (untuk memberikan pandangan estetik), di restoran, di hentian bas and laluan pejalan kaki berbumbung (untuk memberikan kesan penyejukan kepada orang-orang yang menggunakan kemudahan awan tersebut, menjadikan kawasan lebih hijau.

Justeru itu, ia sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan kualiti udara di luar. Inovasi tersebut masih belum lagi bersedia untuk dipasarkan, kerana masih lagi di peringkat kajian.

“Saya berharap supaya dapat menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta seperti pihak berkuasa tempatan pemaju dan sektor industri,” ujarnya.

Penyelidikan tersebut tidak melibatkan agensi atau pihak lain sebaliknya hanya usaha penyelidik dalaman sahaja.

Mereka adalah Prof. Madya Dr. Sumiani Yusoff dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UM; Prof. Madya Dr. Ngoh Gek Cheng dari Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan UM; dan Profesor Ir. Dr. Masjuki Hassan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanik, Fakulti Kejuruteraan UM.

Penyelidikan tersebut yang bermula pada 2015 masih diteruskan dengan menggunakan dana geran penyelidikan University Malaya Living Lab Grant Program (Sustainability Science) berjumlah RM69,992.

 

Kelebihan

* Meningkatkan tahap oksigen dan mengurangkan karbon dioksida dengan penghijauan oleh sistem penghijauan menegak.

* Ia boleh dijana oleh tenaga boleh diperbaharui dengan mengunakan panel tenaga solar fotovoltaik.

* Mengurangkan suhu persekitaran (ambien) dengan kesan penyejukan sejatan daripada sistem.

* Menapis habuk dan zarah udara dengan sistem peredaran air.

* Dapat membina kesedaran dan mendidik masyarakat tentang kepentingan hidup dalam kehijauan.

* Menyediakan pandangan estetik, persekitaran yang tenang dan santai.

* Mampu membina kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai pentingnya hidup dalam keadaan hijau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain