Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Beregu sepak takraw raih perak

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Skuad negara hampir dikejutkan Laos sebelum mampu memastikan pingat perak dalam perlawanan terakhir liga sepusingan acara beregu sepak takraw Sukan SEA Ke-29 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Gandingan Kamal Ishak (Afifuddin Razali) dan Suhairi Sulaiman sepatutnya menamatkan saingan lebih awal namun terpaksa berhempas pulas untuk menjinakkan Daovy dan Souvannalith Noum 21-16, 19-21, 21-16.

Malaysia yang dikalahkan Myanmar 17-21, 13-21 selepas 49 minit semalam, terus kempunan emas acara ini sekalipun kuasa utama, Thailand selain Indonesia memilih untuk tidak menyertainya menurut syarat Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Dua lagi perlawanan dimenangi tuan rumah, Jumaat lalu iaitu menewaskan Filipina 21-10, 17-21, 21-17 dan Kemboja 21-8, 21-13 masing-masing dalam tempoh 76 dan 31 minit.

Beregu wanita negara (Nurrashidah Rashid/Kamisah Khamis dan Nor Farhana Ismail) pula hanya beroleh gangsa selepas dihampakan Thailand (Masaya Duangsri dan P. Somruedee) 12-21, 19-21 dalam separuh akhir.

Terdahulu mereka muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Filipina 20-22, 21-12, 21-17 namun ditewaskan Myanmar 16-21, 18-21, masing-masing dalam tempoh 68 dan 46 minit.

Hanya tinggal acara antara regu lelaki yang masih menawarkan emas untuk dipertahankan Malaysia yang memenanginya di Singapura, dua tahun lalu tanpa penyertaan lawan handalan termasuk Thailand.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain