Alert berfungsi menyampaikan maklumat mengenai keadaan semasa aplikasi atau peranti anda, dan kebiasaannya memerlukan tindakan daripada pengguna. Alert terdiri daripada tajuk, mesej ringkas, butang serta teks ringkas bagi mendapatkan maklum balas pengguna. Selain itu, antara muka Alert tidak boleh diubah suai.

Elemen Alert akan mengganggu tumpuan pengguna dan hanya perlu digunakan dalam situasi penting sahaja seperti mengesahkan pembelian, atau memadam maklumat secara kekal. Kehadiran Alert yang jarang digunakan akan memastikan pengguna mengambil serius terhadap kotak Alert yang muncul.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Latihan

LANGKAH 1: Buka aplikasi Xcode dan pilih Create a new Xcode project

LANGKAH 2: Pilih Single View App sebagai templat projek kali ini dan namakan projek anda sebagai myShowAlert.

LANGKAH 3: Klik fail Main.storyboard untuk mendapat paparan Graphical User Interface yang aktif.

LANGKAH 4: Cari objek Button di dalam Object Library pada bahagian bawah kanan Xcode dan tarik ke dalam paparan utama projek.

LANGKAH 5: Klik ikon Assistant Editor pada bahagian kanan atas IDE Xcode. Ikon ini ditandakan dengan imej seperti dua cincin yang bertindih.

LANGKAH 6: Klik butang kiri tetikus bersama butang Control di papan kekunci pada objek UI Button, kemudian tarik dan lepas butang tetikus di antara class ViewController: UIViewController dan override func viewDidLoad

LANGKAH 7: Pada tetingkap kecil yang muncul, ubah jenis hubungan dari Outlet kepada Action dan namakan hubungan tadi sebagai myShowAlert

LANGKAH 13: Masukkan kod atur cara berikut di dalam @IBAction myShowAlert

LANGKAH 16: Klik butang run untuk mencuba hasil kerja anda!

Semakan

MENERUSI latihan tadi, kita telah mempelajari kaedah memaparkan kotak Alert yang bertujuan menarik perhatian pengguna, seterusnya mendapatkan maklum balas menggunakan butang OK dan Cancel.

UIAlertController digunakan sebagai asas paparan kotak Alert, manakala kawalan input pengguna diuruskan oleh UIAlertAction.

Kedua-dua elemen tadi didaftarkan kepada objek actionSheetController yang dihasilkan oleh pengatur cara.

Soalan

SEBELUM ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

  1. Tambah butang UIAlertAction ketiga.
  2. Ubah teks paparan mesej kepada teks pilihan anda
  3. Nyatakan fungsi UIAlertController

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!