Kejadian berlaku apabila Syed Saddiq yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan melewati kumpulan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) yang berkumpul berhampiran Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian yang menjadi pusat penamaan calon pilihan raya kecil tersebut.

Ketika itu berlakunya beberapa sorakan provokasi dan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk berlaku, Syed Saddiq terpaksa diiringi ketat oleh pihak polis untuk menuju ke kenderaan yang dinaiki beliau.

Unit Amal Pas turut dilihat membantu mengawal keadaan kecoh tersebut. -UTUSAN ONLINE