Pada ketika ini sejumlah 400 liter minyak tersebut sudah dieksport ke Jerman dan minyak itu dihasilkan menerusi Teknologi Proses Basah Bersepadu (TPBB) yang berkualiti tinggi.

Ketua Projek yang juga saintis biokimia di Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM, Prof. Dr. Mohamad Roji Sarmidi berkata, keunikan TPBB adalah kebolehupayaan menghasilkan minyak

kelapa itu 85 peratus lebih tinggi daripada kaedah sedia ada.

Proses tersebut juga katanya, dapat mengekalkan sifat fizikal, kimia dan biologi minyak tersebut dengan kualiti tinggi sekali gus menjadi bahan asas menghasilkan produk hiliran seperti produk kesihatan dan kosmetik.

“Sehingga kini terdapat 10 produk berasaskan minyak kelapa dara yang dihasilkan melalui proses TPBB untuk memasak, penjagaan kesihatan dan kosmetik telah dikomersilkan di bawah anak syarikat UTM, Phyto Biznet Sdn. Bhd. sejak 2012,” katanya dalam sidang akhbar di Institut Pembangunan Biorpoduk (IPB) UTM, Skudai dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE