kamben3
 

Walaupun sebagai orang kurang upaya (OKU) kaki sejak lahir, Syahrin sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidupnya dan ekonomi keluarga.

“Bermula awal tahun 2018 saya mula membeli beberapa ekor kambing sebagai mengisi masa lapang.

“Dan kini saya mempunyai 11 ekor kambing dengan anak empat ekor dan enam ekor biri-biri,” katanya yang pernah rugi apabila beberapa ekor kambingnya sakit dan mati.

Rutin Syahrin setiap pagi akan ke kandang yang dibina oleh abangnya untuk melepaskan kambing ke padang ragut berhanpiran.

Dengan lincah Syahrin bergerak dari rumah menaiki tangga kandang tanpa bantuan sesiapa membuka pintu kandang untuk melepaskan ternakan untuk meragut rumput.

“Biasanya saya berikan palet sehari sekali dan ubat cacing tiga bulan sekali.

“Saya juga banyak bertanya kepada grup penternak dan mereka yang berpengalaman. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga banyak memberikan khidmat nasihat dan melawat kandang,” katanya yang setiap hari membersihkan kandang untuk keselesaan ternakannya.

Selain menternak kambing dan biri-biri, Syahrin juga mengambil upah menjahit pakaian wanita, langsir dan cadar.

“Saya tidak pernah menghadiri sebarang kursus jahitan dan hanya belajar sendiri sahaja.

“Mungkin ini bakat yang Allah kurniakan pada saya,” katanya yang mendapat tempahan daripada sahabat, jiran dan saudara-mara di kejiranannya.

kamben-2
 

Syahrin yang sentiasa menerima sokongan dan galakan isterinya Siti Lailah Mat Husin merancang menambah bilangan ternakan dengan membeli baka pejantan dan induk yang baik.

“Selagi ada kudrat saya akan terus berusaha untuk lebih maju di masa hadapan.

“Saya tidak mahu kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk berjaya seperti orang lain,” katanya yang sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan keluarga.

Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai Syahrin boleh hubungi. 019 9379013 atau Facebook isterinya Siti Lailah (Ley Last).

Sumber: Media Penternak Malaysia