Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sasar jualan RM30 juta sempena HPPNK 2017

AHMAD SHABERY CHEEK (kiri) mengisi wajik durian  ke dalam bekas
AHMAD SHABERY CHEEK (kiri) mengisi wajik durian ke dalam bekas daun pisang sambil diperhatikan Cef Ismail selepas merasmikan prapelancaran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 dengan memperkenal Festival Makanan Malaysia (MFF) 2017 di Serdang, baru-baru ini.

SAMBUTAN Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang akan diadakan pada 28 September sehingga 1 Oktober ini, disasarkan mampu mencecah jualan kira-kira RM30 juta.

Bertemakan Our Food Our Culture (Makanan Kita, Budaya Kita), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menjangkakan kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung.

Menurut menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sasaran nilai jualan itu tidak termasuk perdagangan dan perjanjian yang akan dimeterai sepanjang acara tersebut.

Selain itu, katanya, sambutan kali ini bakal menampilkan Festival Makanan Malaysia 2017 (MFF 2017), salah satu daripada tiga acara utama yang akan diketengahkan tahun ini.

“Sebanyak 850 gerai pameran dan jualan akan dibuka sepanjang sambutan HPPNK 2017 berlangsung yang turut menggabungkan dua lagi acara secara serentak iaitu Livestock Malaysia dan Pameran Agropelancongan Antarabangsa Malaysia.

“Acara kali ini juga menampilkan kelainan dengan pengisian program yang dapat menarik minat orang ramai menyertai bidang pertanian seperti mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) dan konsep itu akan dikembangkan setiap tahun,” katanya dalam sidang akhbar prapelancaran HPPNK 2017 di ibu negara baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Tan Sri Zainal Dahalan.

Jelas Ahmad Shabery, pengiktirafan akan turut diberikan kepada peladang, penternak dan nelayan yang mencapai kejayaan dalam menghasilkan produk serta inovasi pertanian dalam membantu menjamin sekuriti dan kedaulatan makanan negara.

Kata beliau, sambutan HPPNK 2017 buat pertama kali akan diadakan di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang.

Justeru, kementeriannya yakin sasaran pengunjung ke sambutan itu mampu dicapai memandangkan akan diadakan di MAEPS dengan kemudahan berserta pengisian program yang menarik minat pengunjung.

“Kejayaan penganjuran MAHA tahun lalu telah memberikan keyakinan untuk menjadikan sambutan HPPNK 2017 lebih besar berbanding edisi-edisi sebelumnya,” katanya.

Mengulas mengenai MFF 2017, Ahmad Shabery yakin acara itu bakal melonjakkan landskap industri makanan negara dengan mempromosikan secara komersial ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan makanan antarabangsa.

“Keunikan sesebuah negara bukan sahaja dilihat dari aspek tempat dan cuaca tetapi dikaitkan dengan makanan yang terdapat di negara tersebut.

Oleh itu, MFF 2017 adalah permulaan bagi meletakkan Malaysia dalam peta festival makanan dunia.

“Menerusi MFF 2017, pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan dari seluruh negara, dalam masa sama, mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia,” katanya.

Jelas beliau, MFF 2017 menerapkan konsep ladang, makanan, minuman dan pengalaman yang merupakan kriteria penting dalam perjalanan industri makanan di negara ini.

Kriteria tersebut berinspirasikan enam elemen:

  • makanan (dihasilkan secara sihat dan selamat);
  • masakan (penyediaan makanan melalui demonstrasi oleh cef terkemuka);
  • teknologi makanan (pameran teknologi makanan seperti pembungkusan);
  • hidangan (pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembah);
  • agropelancongan (menikmati pengalaman agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera);
  • komuniti (menyatukan komuniti melalui konsert Rythm of The Farmers (ROTF);
  • jualan trak makanan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain