Ahli Lembaga Pengarah KADA, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, peruntukan tersebut merangkumi pembinaan empangan rendah di Kampung Kubang Pak Amin yang bernilai RM40 juta.

“Selebihnya bantuan tersebut meliputi kerja-kerja membaik pulih tali air dan peningkatan ekonomi dalam kalangan petani dibawah selian Kada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat di sini hari ini.

 Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi PPK Kubang Sepat Fauzi Mohamad. - UTUSAN ONLINE