Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) , Datuk Mohd Anim Hosnan berkata, setakat ini seramai 13 usahawan telah dipilih untuk menyertai program itu dengan melibatkan keluasan 120 ekar.

“Program KNaL akan diperbesarlan dengan sasaran keluasan 650 ekar dan penggunaan tanah melibatkan usahasama dengan kerajaan negeri.

“Kita akan melibatkan seramai 65 peserta baru secara berperingkat. Program ini juga membantu untuk menampung eksport nanas jenis MD2 terutamanya ke negara China,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Town Hall Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkatabbersama warga Lembaga Perindustrian Nanas Negeri Johor dekat sini hari ini.

Pada majlis sama turut diadakan Majlis Menandatangani Akuan Setuju terima projek premium KNaL bagi kawasan Alor Bukit Pontian, Johor.

Program KNaL diwujudkan menggunakan pendekatan Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang merupakan satu srategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

Tambah Ismail, KNal mampu membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman secara komersial.

Katanya, peserta menerusi program itu juga mampu menjana pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.

“Pelbagai usaha telah dibuat dan ini antaranya bagi golongan petani menambahkan pendapatan mereka dan keluar daripada zon selesa,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE