Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pastikan benih tulen, berkualiti

Benih padi 2
Benih padi

KETULENAN DAN KUALITI BAHAN TANAMAN
Sebelum merancang untuk mengusahakan sesuatu tanaman, kita perlu fikir kesesuaian tanah, media tanaman, air, baja dan bahan tanaman. Tetapi yang paling penting adalah bahan tanaman itu sendiri. Boleh dijelaskan apa itu bahan tanaman?

Bahan tanaman adalah mana-mana bahagian tanaman yang digunakan untuk penanaman termasuklah biji benih, anak benih klon (contohnya anak pokok durian, nangka, mangga), bahagian vegetative (sulur untuk nanas, umbisi untuk keledek, keratan batang untuk ubi kayu), tisu-tisu (penanaman secara tisu kultur) dan spora (untuk tanaman cendawan).

2.Kita sering mendengar rungutan daripada petani, contohnya tanam durian Musang King tapi yang keluar hasil durian lain. Kenapa macam itu?

Ini berlaku kerana, semasa pembelian anak benih, petani tersebut membeli benih tanaman yang tidak disahkan varietinya. Petani hanya mengetahui kesilapan tersebut apabila pokok telah mengeluarkan hasil. Ini memberi kerugian kepada petani dari sudut tenaga, masa dan input (baja, racun, air). Oleh itu disarankan kepada petani sebelum membeli bahan tanaman, pastikan ia betul-betul tulen dan berkualiti.

3.Bagaimanakah ketulenan dan kualiti bahan tanaman ditentukan?

Kualiti bahan tanaman ditentukan melalui standard yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Standard Malaysia. Bahan tanaman tersebut mestilah bebas daripada penyakit dan perosak manakala ketulenan ditentukan menerusi ciri-ciri morfologi tanaman tersebut. Sebagai contoh ciri morfologi adalah bentuk daun, warna daun, saiz buah, bentuk buah, kehadiran duri, warna tertentu dan sebagainya. Setiap varieti tanaman mempunyai ciri genetik yang berbeza. Ciri-ciri morfologi pada tanaman tersebut yang akan menunjukkkan genetik tanaman itu. Di Jabatan Pertanian, kita mempunyai mekanisma tertentu untuk menentukan ketulenan dan kualiti bahan tanaman.

4.Mengapa kita perlu bahan tanaman yang tulen dan berkualiti?

Keperluan ketulenan dan kualiti suatu bahan tanaman adalah untuk memastikan petani mendapat pokok atau varieti yang diingini. Ini dapat mengelakkan kerugian kepada petani kerana pokok tersebut hanya dapat memberi pulangan hasil selepas lima atau enam tahun.

5.Apakah mekanisma untuk menentukan ketulenan dan kualiti bahan tanaman?

Di Jabatan Pertanian kita membangunkan Skim Pengesahan Benih Padi dan Skim Pengesahan Bahan Tanaman. Skim Pengesahan Benih Padi bertujuan unuk memperaku ketulenan genetik dan identiti varieti benih padi yang dikeluarkan. Skim ini disediakan untuk pengeluaran benih padi sah oleh pengeluar yang dilantik sahaja. Lot-lot benih yang diperakui menepati piawaian akan diberi label perakuan kualiti berwarna biru bagi benih padi sah dan ungu muda bagi benih padi daftar.

Skim Pengesahan Bahan Tanaman bertujuan untuk memperaku ketulenan genetik dan identiti varieti tanaman selain daripada padi dan tanaman komoditi seperti getah, kelapa sawit, koko dan lada hitam. Skim ini disediakan untuk pengeluar bahan tanaman yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian sahaja. Bahan tanaman yang diperaku akan diberi perakuan oleh pegawai pemeriksa yang memeriksa bahan tanaman di nurseri pengeluar tersebut.

6.Siapakah yang terlibat dalam pelaksanaan Skim Pengesahan Bahan Tanaman?

Mereka yang terlibat adalah pengeluar bahan tanaman seperi pengusaha nurseri, pengeluar biji benih dan pengeluar kultur tisu. Oleh itu, bahan tanaman yang dikeluarkan oleh mereka akan diperaku ketulenan dan kualiti oleh pegawai pemeriksa yang dilantik oleh Jabatan Pertanian. Pegawai ini telah dilatih untuk mengenal setiap ciri-ciri unik yang membezakan setiap varieti tanaman tersebut.

7.Bagaimanakah proses pengesahan ketulenan dan kualiti bahan tanaman yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian?

Pertama: Pendaftaran sebagai peserta skim.

Kedua: Pemeriksaan pokok induk iaitu pokok yang akan menjadi sumber asal varieti yang diingini untuk dibiakkan.

Ketiga: Pemeriksaan bahan tanaman iaitu pemeriksaan bahan tanaman di nurseri pengeluar.

8.Siapakah yang akan mendapat faedah dan manfaat daripada Skim Pengesahan Bahan Tanaman?

Pengeluar dan pembeli bahan tanaman.

9.Apakah faedah yang akan diperoleh oleh pengeluar setelah menyertai Skim Pengesahan Bahan Tanaman?

Antara faedah yang diperoleh oleh pengeluar bahan tanaman ialah:

i. Berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman kepada jabatan atau agensi sekiranya benih telah diperaku.

ii. Bahan tanaman yang diperaku oleh Jabatan Pertanian dapat meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan dan kualiti varieti tanaman.

iii. Jabatan Pertanian membantu mempromosikan nurseri tanaman dan syarikat pengeluar bahan tanaman melalui pameran-pameran dan portal rasmi jabatan.

iv. Mereka akan menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian.

10.Apakah faedah yang akan diperoleh oleh pembeli pula?

Antara faedah yang diperoleh oleh pembeli ialah:

i. Bahan tanaman yang dibeli telah diperaku ketulenan dan kualitinya dan jaminan baka yang diingini seperti dalam surat perakuan bahan tanaman.

ii. Bahan tanaman tersebut bebas daripada penyakit dan perosak.

iii. Pertumbuhan bahan tanaman adalah subur.

iv. Pembeli dapat mengelakkan kerugian selepas lima atau enam tahun penanaman kerana telah menanam varieti yang diingini.

11.Di manakah petani boleh mendapatkan bahan tanaman yang tulen dan berkualiti?

Kita menggalakkan petani untuk mendapatkan bahan tanaman daripada pengeluar yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian bawah skim ini. Petani boleh mendapatkan senarai pengeluar yang berdaftar di portal rasmi Jabatan Pertanian (www.doa.gov.my) atau menghubungi urusetia Skim Pengesahan Bahan Tanaman berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut.

12.Selain mengeluarkan bahan tanaman dalam negara, kita juga mengimport biji benih dari negara luar. Apakah kaedah yang digunakan untuk memastikan kualiti biji benih tersebut?

Jabatan juga boleh membuat pengesahan ketulenan dan kualiti biji benih melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman Pengeluaran Biji Benih. Menerusi skim ini, kita menjalankan pemeriksaan pada peringkat ladang, loji pemprosesan dan juga ujian di makmal. Antara ujian yang dijalankan ialah ketulenan, percambahan dan kandungan kelembapan. Kita mengambil sampel biji benih daripada lot-lot biji benih dan dihantar ke makmal untuk ujian. Walau bagaimanapun, biji benih yang diimport masih boleh diuji kualitinya menerusi ujian kualiti biji benih di makmal. Tujuan ujian itu bagi memastikan peratusan ketulenan, percambahan dan kandungan kelembapan mencapai standard minimum yang ditetapkan. Orang ramai yang ingin menguji kualiti biji benih yang dibeli boleh menghantar sampel ke Makmal Ujian Biji Benih Jabatan Pertanian dan perkhidmatan adalah percuma.

13.Apakah rancangan masa hadapan untuk meningkatkan industri bahan tanaman negara?

Jabatan Pertanian diberi tanggungjawab untuk merangka Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Benih bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti bahan tanaman. Dengan wujudnya RUU ini nanti, dapat menjamin kualiti bahan tanaman yang dikeluarkan oleh pengeluar bahan tanaman.

Maklumat 
lanjut atau sebarang soalan boleh diajukan kepada [email protected]

Nanas MD2


Bentuk: Silinder dan 
berduri
di hujung

jambul

Warna kulit: Hijau tua

Warna Isi: Kuning keemasan

Lebar empulur: 
1.8cm hingga 2.2cm

Berat:
 1.3kg hingga 2.5kg

Rasa: Manis, kandungan gula 12 hingga 16 peratus brix serta asid sitrik 0.3 hingga 0.5 peratus.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain