Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pahang hab tenusu negara

Sharif Haron (kiri) mengiringi lawatan kerja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di MARDI Muadzam Shan 2
Sharif Haron (kiri) mengiringi lawatan kerja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di MARDI Muadzam Shan . Pahang baru-baru ini.

Pahang bakal menjadi hab utama pengeluaran susu segar negara dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan keupayaan membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Sharif Haron berkata, walaupun kini Pahang hanya membekalkan tidak sampai lima peratus daripada 60 juta liter keperluan susu segar negara, namun dengan adanya projek ternakan tenusu baharu usaha sama MARDI Holding Sdn. Bhd. dan Touch Milk, hasrat itu mampu direalisasikan.

“Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat menjadikan Pahang sebagai hab utama pengeluaran susu segar negara.

Menteri sendiri (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) mahukan Muadzam Shah menjadi lembah tenusu dengan turut melibatkan kawasan Rompin dan sebahagian dari Segamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke MARDI Muadzam Shah baru-baru ini. Lawatan kerja berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadhil Osman.

Pada majlis itu Tengku Abdullah turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk bagi mewujudkan satu lagi ladang tenusu baharu di Muadzam Shah melibatkan kawasan seluas 250 hektar milik MARDI.

Mengulas lanjut, Sharif berkata pada masa kini, Pahang menjadi antara negeri ketiga terbanyak menyumbangkan pengeluaran susu segar negara selain Sabah dan Johor.

“Di Pahang kami mempunyai empat ladang tenusu di sekitar kawasan Gambang dan Muadzam yang setiap satu mampu mengeluarkan antara satu hingga empat juta liter susu segar setahun.

“Ladang tenusu baharu ini yang dijangka bakal beroperasi tahun depan mampu menyumbangkan sehingga empat juta liter susu segar setahun melibatkan antara 1,000 ekor sehingga 1,200 ekor ternakan lembu tenusu di ladang itu,” katanya.

Sementara itu Mohd. Fadhil berkata, perjanjian antara MARDI Holding Sdn. Bhd. dan Touch Milk itu adalah manifetasi sebahagian daripada beberapa inisiatif MARDI untuk memasuki era pengkomersialan dalam industri tenusu.

“Ia memberi satu kesempatan untuk MARDI mengembangkan kepakaran, pengetahuan dan teknologi dalam bidang ternakan di lapangan secara komersial dan dengan adanya perjanjian ini, ia diharap dapat menyerlahkan lagi peranan agensi dalam pembangunan ternakan di Muadzam,” katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain