Lapan aplikasi tersebut ialah MARDI Teknovasi, MARDI OPF, MARDI MyJagung, MARDI MyKompos, MARDI MyOnFarmFruits, MARDI MyPerosakPadi, MARDI Lembu Brakmas dan MARDI My Jagung Manager.

Aplikasi berfungsi sebagai sa­lu­ran penyampaian yang terbaik MARDI kepada pengguna dan orang awam itu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalannya, Datuk Nogeh Gumbek.

Dalam majlis tersebut, Salleh turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Per­tandingan Montaj dan Fotografi bagi mencungkil bakat dan kebolehan pengunjung MAHA.

Setakat ini, MARDI telah membangunkan 22 aplikasi mudah alih yang memaparkan teknologi MARDI sedia ada dalam bidang pertanian untuk dijadikan bahan rujukan.

Aplikasi mudah alih tersebut boleh dimuat turun secara percuma di Google PlayStore dan AppStore dengan menaip MARDIApps.