Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, peningkatan itu hasil sistem pengurusan yang cekap dan lebih bersistematik berbanding kaedah penanaman sebelum ini.

“Melalui pengenalan projek ini KADA mampu mencapai hasil sebanyak 6.6 tan padi bagi keluasan satu hektar.

“Ini satu angka yang besar dan setanding dengan jelapang padi lain seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Hasil Projek Ladang Merdeka dan Pembahagian Peralatan Kepada Usahawan Industri Asas Tani di Pertubuhan Peladang Kawasan Kubag Bunut, Meranti di sini hari ini

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Md. Alwi Che Ahmad bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KADA, Datuk Hanafi Mamat, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz dan Datuk Zawawi Osman. - UTUSAN ONLINE