Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha kecekapan ini termasuk mengurangkan pembaziran di tempat pengilangan beras. 

“Usaha untuk mengurangkan kerugian selepas tuai yang tum­pah, dibazirkan di tempat pengilangan dan sebagainya akan membantu meningkatkan pengeluaran beras tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri la­watan ke tapak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini. 

HPPNK 2017 berlangsung selama empat hari bermula esok. 

Tambah Ahmad Shabery,  kerajaan tidak berhasrat meningkatkan pengeluaran beras tempatan sehingga 100 peratus berikutan sebahagian rakyat di negara ini memilih untuk menggunakan beras import sebagai makanan ruji.

Katanya, sasaran 80 peratus pengeluaran beras tempatan pada waktu ini adalah memadai kerana sebahagian rakyat negara ini memilih untuk tidak makan beras tempatan. 

Katanya, ada dalam kalangan rakyat yang mahu makan beras wangi,  beras Siam, Basmathi, Jepun dan sebagainya. 

“Kalau kita sasar 100 peratus pengeluaran, kita tidak boleh mengeksportnya lagi. Peneka­nan kita pada waktu ini adalah hendak capai 80 peratus pengeluaran beras tempatan dalam tempoh terdekat,” katanya.