Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jagung bijian kekayaan baharu

Pelbagai varieti jagung bijian. 3
Pelbagai varieti jagung bijian.

Usaha kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan import bagi makanan ternakan wajar dipuji.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika menyaksikan proses penuaian jagung bijian yang diusahakan oleh Pengurus Famox Agrotech Sdn. Bhd., Ramana K. Naidu di Kampung Bujang, Merbok, Kedah sebelum ini berkata, jagung adalah bahan mentah terpenting dalam makanan ternakan termasuk ayam, lembu, kambing dan ikan akuakultur.

Pada masa ini, Malaysia mengimport hampir 100 peratus jagung bijian yang digunakan.

“Matlamat untuk menanam jagung bijian secara besar-besaran di Malaysia memerlukan satu proses panjang yang melibatkan pelbagai peringkat percubaan,” ujarnya.

Setiap tahun Malaysia mengimport empat juta tan metrik jagung tersebut dengan nilai RM3.1 bilion.

Pengeluaran secara domestik bukan sahaja dapat mengurangkan pengeluaran wang ke luar negara, malahan bakal mewujudkan peluang perniagaan yang besar untuk pengusaha sepanjang rantaian nilai industri baharu ini.

Justeru, kementerian berkenaan telah membangunkan Pelan Pembangunan Jagung Bijian Di Malaysia bermula tahun 2016 hingga 2020 bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada import bahan makanan ternakan dan memperbaiki imbangan dagangan agromakanan negara.

Oleh itu, model penanaman jagung bijirin sebagai tanaman giliran di kawasan tanah sawah sekali setahun telah dibentuk dengan menjadikan Kampung Dadong, di Kemaman, Terengganu sebagai projek perintis yang bermula pada 26 Jun tahun lalu.

Berdasarkan rekod setiap tahun, Malaysia mengimport empat juta tan metrik jagung bijian kebanyakannya daripada Argentina dan Brazil.

Ketika ini, hampir semua negara jiran telah lama mempunyai program penanaman jagung yang berjaya iaitu Indonesia menghasilkan 18 juta tan setahun, Filipina (lapan juta tan), Vietnam (enam juta tan) dan Thailand sebanyak lima juta tan.

Berdasarkan perkiraan, Malaysia memerlukan empat juta tan jagung setahun. Oleh itu jika sehektar tanah boleh hasilkan 10 tan, maka kita perlukan 400,000 hektar tanah untuk capai 100 peratus tahap sara diri (SSL). Oleh itu, program tersebut memerlukan kerjasama semua pihak, terutama kerajaan negeri dan pejabat daerah, kerana mereka sahaja yang boleh memperuntuk tanah untuk tujuan penanaman jagung.

Satu lagi manfaat program jagung ini adalah ia mampu mewujudkan kekayaan baharu untuk para pengusaha.

Jika sebahagian jumlah kuantiti yang diimport itu dapat ‘didomestikkan’, Malaysia bakal mewujudkan satu ekosistem industri baharu. Dengan ini ia memberi peluang besar kepada pengusaha di sepanjang rantaian nilainya, termasuklah benih, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain