Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Gandakan anak pisang

Penyelidikan kultus tisu dijalankan di dalam persekitaran bersih 6
Penyelidikan kultus tisu dijalankan di dalam persekitaran bersih makmal MARDI di Klang, Selangor.

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ketidakcukupan bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah.

Bagi mengatasi masalah bekalan makanan, pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Salah satu teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran. Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu.

Secara ringkas, kultur tisu merupakan kaedah untuk menghasilkan tanaman yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan seperti batang, daun atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptik bagi tujuan tumbesaran.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), merupakan antara agensi kerajaan bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi kultur tisu dan antara fokus yang diberikan adalah terhadap tanaman pisang.

Menerusi Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Ternakan (UBB), MARDI Klang, kini pengeluaran benih berkualiti bagi tanaman pisang untuk pengeluaran secara komersial dapat dilaksanakan.

Pegawai Penyelidik MARDI, Jaliyah Abu Bakar berkata, melalui kaedah konvensional, setiap pokok pisang hanya mampu menghasilkan sebanyak lima hingga 10 sulur sahaja untuk tanaman seterusnya dan mengambil masa sehingga sembilan hingga 10 bulan untuk dituai.

“Dengan adanya teknologi kultur tisu, setiap sulur pisang mampu mengeluarkan sehingga 2,000 anak benih secara berterusan dan mengambil masa yang lebih singkat untuk mendapatkan hasil tuaian.

“Empat jenis pokok pisang yang diberi perhatian menggunakan kaedah teknologi kultur tisu ialah pisang tanduk, pisang berangan, pisang emas dan pisang nangka,” katanya ketika Mega Sains ditemui di MARDI Klang baru-baru ini.

Menurutnya, kaedah berkenaan sebenarnya telah digunakan sejak tahun 2006 dan pada tahun 2008 pengeluaran anak pokok pisang dilakukan secara agresif setelah mendapat pengiktirafan ISO.

“Pada tahun 2015, sebanyak 60,000 anak pokok pisang telah dikeluarkan dan pada tahun 2016, jumlah pengeluaran semakin meningkat sehingga mencecah 70,000 anak pokok.

“Setiap anak pokok pula dijual dengan harga yang cukup rendah iaitu hanya RM2, manakala platlet pula dijual pada harga RM1.50,” ujarnya. - Gambar SURYA BONMA

Proses kultur tisu

Jaliyah Abu Bakar berkata, kaedah kultur tisu bagi pembiakan pokok pisang perlu menerusi beberapa proses iaitu pemilihan tanaman, penyediaan bahan induk, penyediaan kultur disteril, penggandaan tunas, proses pengakaran dan pengalihan ke dalam polibeg sebelum ditanam di ladang.

“Bahan tanaman iaitu sulur akan diambil daripada ladang dan diproses dalam makmal. Kebiasaannya sulur pedang akan digunakan kerana proses pembiakan dan pertumbuhannya lebih pantas.

“Setelah itu, sulur tersebut akan disteril dengan bahan pembasmi kuman dan juga air suling selama 45 minit. Kemudian proses pemotongan eksplan dilakukan dan diletakkan dalam medium pertumbuhan yang mengandungi nutrien serta hormon untuk tujuan pembiakan,” katanya.

Kemudian, selepas disimpan selama 45 hari dalam bilik tumbesaran yang bersuhu 24 hingga 28 darjah selsius, ia akan menghasilkan akar dan mengeluarkan tunas.

“Tunas berkenaan kemudiannya akan dipindahkan ke dalam medium baharu bagi tujuan pembiakan seterusnya sebelum melalui proses pengakaran.

“Bagi proses pengakaran, setiap tunas atau platlet yang mencapai ketinggian yang telah ditetapkan akan diasingkan dan seterusnya dipindahkan ke dalam polibeg yang mengandungi medium campuran,” jelasnya.

Selepas enam hingga lapan minggu, anak pokok pisang berkenaan akan mencapai ketinggian dan kriteria yang ditetapkan, seterusnya sedia untuk dijual serta dipindahkan ke ladang.

Perbezaan antara pokok pisang yang dihasilkan secara kultur tisu dengan kaedah konvensional ialah benihnya akan tumbuh seragam atau sekata dan berbuah dalam tempoh yang sama.

“Hal ini akan memudahkan petani untuk menuai hasil selain kualiti buah yang lebih terjamin dari segi kualiti dan selamat untuk dimakan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain