Menurut pembangun aplikasi berkenaan, Francis Pang, Melissa Lee dan Cheong Jin How, idea untuk mencipta perisian berkenaan tercetus apabila mereka melihat barangan bayi kebiasaannya terbuang apabila anak-anak sudah membesar.

Ketua pasukan berkenaan, Melissa berkata dengan menggunakan aplikasi berkenaan pengguna dapat aplikasi itu akan dapat menawarkan barangan bayi itu untuk digunakan oleh ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil.

"Perisian ini mewujudkan satu komuniti yang terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak kecil atau pun bayi yang mana mereka dapat membantu keluarga lain yang tidak mampu untuk membeli barangan bayi berkualiti untuk anak-anak mereka.

"Aplikasi ini juga dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku dan membantu pasangan muda merancang ekonomi keluarga," kata beliau kepada media selepas majlis pengumuman pemenang MyDD 2017 yang berlangsung di bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di sini hari ini.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh diikuti oleh pasukan iHorus yang dianggotai oleh Percy Chen serta Niel Chew  dan Leong Chee Wai bersama Clement Tan daripada Team Y.

Juara MyDD 2017 membawa pulang hadiah tunai bernilai AS$10,000 (RM43,000) beserta biasiswa Ijazah Nanodegree manakala pemenang tempat pertama dan kedua masing-masing membawa pulang hadiah tunai bernilai RMRM5,000 dan RM2,000 serta biasiswa Ijazah Nanodegree. - UTUSAN ONLINE