Imamnya Amir Aziz berkata, kelebihan sangkar ciptaan Ketua Biro Inovatif masjid berkenaan, Hamzan Hashim sejak tahun 2011 ini telah mengambil masa lebih kurang sejam untuk menyembelih tujuh ekor lembu pada hari ini.

Beliau berkata, penggunaan sangkar ini sangat menjimatkan masa sembelihan kerana ia memerlukan antara lapan hingga sepuluh minit sahaja bagi setiap seekor lembu.

Beliau berkata, biasanya masa sembelihan seekor lembu secara tradisional adalah setengah jam.

"Penggunaan sangkar ini juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia," katanya di sini hari ini.

Amir berkata, setakat ini sangkar manual dan hidraulik tersebut hanya terhad untuk kegunaan masjid ini sahaja.

Beliau berkata, cuma pada hari raya pertama Aidiladha tahun lalu, sangkar tersebut telah dibawa untuk upacara korban di Masjid Sungai Bugis dan tahun ini pula di sebuah surau di Kampung Nesam di sini.-UTUSAN ONLINE