Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pencetus inovasi generasi muda

Akademi IoT Samsung di UTeM transformasikan dunia digital

Idris Jusoh (tengah) menyatakan sesuatu kepada  Dr. Ahmad Zaidee 3
Idris Jusoh (tengah) menyatakan sesuatu kepada Dr. Ahmad Zaidee Laidin Looking sambil diperhatian oleh (dari kiri): Roh Jae Yeol Dr Shahrin Sahib Md Yunos Lee Sang Hoondan Dr. Rodziah Omar

Menerusi perubahan pesat dunia digital internet serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), generasi pencetus inovasi masa hadapan bakal lahir dalam kalangan pelajar. Mereka peru dilatih dan dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21 seperti pembelajaran digital, komunikasi yang berkesan, teknologi dan penyelesaian masalah.

Menyedari potensi itu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dengan kerjasama Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. telah melancarkan Akademi Internet of Things (IoT) Samsung di UTeM yang pertama di negara ini.

IoT kini menjadi topik hangat yang diperkatakan dalam industri ICT. Ia membuka peluang yang luas kepada dunia baru. Dengan penggabungan peranti dan teknologi terkini yang sedia ada, IoT dijangka dapat memanfaatkan peluang yang besar dalam bidang akademik, industri dan kemasyarakatan malah dijangka memberi sumbangan yang begitu besar kepada negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh yang merasmikan akademi tersebut berkata, kerjasama antara UTeM dan Samsung Malaysia sememangnya amat bertepatan dan wajar menjadi contoh kerjasama antara pihak awam dan swasta yang sangat cemerlang dalam memanfaatkan kepakaran akademik dan industri untuk memacu pembangunan teknologi dan inovasi.

Ini juga selari dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu hasrat kerajaan untuk memanfaatkan ICT dalam meningkatkan kualiti pembelajaran kepada para pelajar.

“Saya percaya, akademi ini direka dengan begitu teliti untuk menjadi pencetus inovasi generasi masa hadapan dalam memberi sokongan kepada visi kerajaan ke arah sebuah negara yang berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi,” katanya.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron; Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib; Pengerusi, Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Ir. Dr Ahmad Zaidee Laidin; Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia Electronics Datuk Roh Jae Yeol dan Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Sang Hoon.

UTeM telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai universiti teknikal awam yang pertama di negara ini yang menawarkan kursus teknikal seperti kejuruteraan, teknologi maklumat (IT) dan teknologi pengurusan.

UTeM terkenal melahirkan graduan kejuruteraan berkualiti dilengkapi dengan asas pengetahuan dalam menghadapi persaingan industri berteknologi tinggi yang mencabar.

Modul latihan di Akademi IoT Samsung termasuk sistem operasi dan sistem perkakasan terkini seperti MagicInfo dan Knox, yang beroperasi pada Smart Signage dan peranti mudah alih.

Peranti Samsung terkini akan tersedia untuk digunakan dalam modul pembelajaran yang disesuaikan dan dibangunkan bersama oleh UTeM dan Samsung Malaysia.

Akademi tersebut dicipta untuk mengoptimumkan pemindahan pengetahuan iaitu melibatkan pakar Samsung akan melatih pensyarah UTeM tentang modul sistem operasi.

Modul itu kemudiannya disampaikan oleh tenaga pengajar UTeM kepada pelajar dan peserta. Seramai 1,200 pelajar di peringkat kebangsaan termasuk 100 pelajar UTeM menjadi kumpulan perintis yang akan mendapat manfaat daripada latihan yang dijalankan.

Dalam pada itu, Dr. Shahrin berkata, visi UTeM adalah menjadi universiti teknikal yang inovatif dan kreatif terkemuka di negara ini dan Akademi IoT UTeM-Samsung itu membantu merealisasikannya.

“Kami amat bertuah untuk mendapat akses kepada kemudahan digital demi meningkatkan pengembangan dan potensi para pelajar serta pensyarah kami,’’ katanya sambil memberitahu akademi tersebut dibuka kepada pelajar dari universiti awam lain serta orang ramai.

Usahasama tersebut kata beliau, untuk memberi inspirasi kepada generasi muda dengan memberikan latihan mengenai inovasi teknologi terkini.

Ini akan meningkatkan kebolehan dan memberi persediaan kepada mereka untuk masa hadapan yang lebih cemerlang, seiring dengan wawasan negara membina masyarakat berpengetahuan.

Selain latihan digital, terdapat juga bengkel dan seminar yang melibatkan usahawan terkenal berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam memberi inspirasi kepada pencetus inovasi generasi akan datang.

Sementara itu, bagi Jae Yeol pihaknya memilih UTeM sebagai lokasi utama kerana merupakan universiti teknikal terulung di negara ini yang mendorong inovasi dan kemajuan teknologi secara berterusan.

Oleh itu katanya, adalah wajar memilih UTeM menjadi perintis bagi konsep IoT dan juga menjadi tuan rumah pertama Akademi IoT Samsung.

“Ini menjadi lakaran sejarah penting kerana kami percaya bahawa Akademi IoT Samsung bakal memberi inspirasi dan membuka ruang yang luas kepada generasi muda untuk diberi pendedahan dan dilatih sebagai usahawan teknologi.

“Di Samsung, kami sentiasa mencari cara untuk mencipta inovasi dan membuat perubahan yang lebih baik melalui Internet dan penyambungan. “Kami yakin bahawa IOT akan membuka langkah untuk terus maju,’’ ujarnya.

Akademi IoT Samsung merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat global Samsung dalam bidang teras pendidikan yang menggunakan teknologi dan kepakaran syarikat untuk kebaikan masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain