Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peluru daripada pokok bakau?

Pokok bakau 3
Pokok bakau

Pembuatan senjata api dalam kalangan pemain-pemain utama industri kini terus berkembang pesat dan lebih moden termasuk peluru yang digunakan.

Malaysia bagaimana pun masih lagi merupakan negara pengguna dan bergantung sepenuhnya kepada teknologi luar negara dalam industri tersebut.

Bagaimanapun kebanyakan pengeluar sering memasarkan teknologi lama berbanding teknologi terbaharu untuk industri persenjataan.

Sebagai contoh, negara-negara pengeluar tersebut turut menggunakan peluru dengan spesifikasi yang sama untuk dijual kepada negara-negara pembeli namun dengan gred yang lebih rendah.

Justeru, penyelidik dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil insiatif menghasilkan selulosa nitro (nitrocellulose) daripada pokok bakau, Rhizophora apiculata sebagai bahan bakar menggantikan belerang.

Menurut penyelidik tersebut yang merupakan pensyarah kanan, UPNM, Lt. Cdr. (bersara) Mohd. Najib Abdul Ghani Yolhamid, peluru standard 5.56 milimeter (mm) boleh dinaik taraf dengan kepakaran dan teknologi tempatan.

“Penghasilan peluru untuk kegunaan anggota keselamatan negara dibuat dalam negara iaitu di Batu Arang, Selangor justeru penggunaan bahan bakar yang lebih baik boleh digunakan.

“Penggunaan bahan bakar (propellent) baharu tersebut dilihat dapat meningkatkan prestasi dan standard baharu peluru untuk kegunaan senjata ringan kepada tentera,” katanya ketika ditemui pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) di ibu negara baru-baru ini.

Tambah Mohd. Najib, kelebihan menggunakan selulosa nitro adalah pembakaran yang terhasil tidak mengeluarkan asap (smokeless gunpowder).

“Kelebihan ini menjadikan laras senjata lebih bersih dan tidak perlu dicuci selalu.

“Letupan juga lebih berkuasa menjadikan jarak berkesan dan ketepatan peluru dapat dipertingkatkan,” katanya.

Jelasnya, bahan mentah daripada pokok bakau mudah ditemui di negara ini justeru memudahkan produk tersebut dikomersialkan.

“Hanya selulosa sahaja diambil daripada pokok ini dan ditambah dengan nitrat dan kedua-dua bahan tersebut mesra alam,” katanya.

UPNM menerusinya turut mendapatkan kerjasama Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) dan juga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Produk yang dihasilkan tersebut kini sedia untuk dikomersialkan.

Kelebihan

l Menjimatkan kos.

l Mesra alam.

l Mengurangkan berat keseluruhan peluru.

l Boleh digunakan untuk semua jenis kaliber peluru.

l Boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk membina teknologi berkaitan persenjataan moden.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain