Sejak dipasarkan, KlinCell yang sarat dengan manfaat bahan-bahan botani dan ekstrak daun rerama sebagai kandungan utama mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna dalam talian.

Menurut Mohamad Nazri, niatnya untuk membantu mengubati pesakit kanser yang lemah setelah mendapat rawatan di hospital berhasil apabila beliau berjaya mengeluarkan produk tersebut.

Katanya, produk minuman itu dikhaskan untuk pesakit agar mereka mendapat semula tenaga bagi menjalani kehidupan harian yang lebih selesa.

“Produk ini berpotensi untuk membantu merawat pesakit kanser terutama yang sedang menjalani pelbagai jenis rawatan termasuk kemoterapi,” katanya kepada S2.

Beliau memasarkan produk itu dengan mengiklankannya menggunakan aplikasi Facebook.

“Saya mengiklankan produk menggunakan rangkaian laman Facebook yang dilihat berpotensi untuk mengiklankan bisnes online secara meluas.

“Melalui pemasaran di Facebook, saya memperoleh 12 stokis, selain melantik duta produk,” katanya.

Disebabkan kerap menggunakan Facebook untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, KlinCell kini lebih dikenali dan semakin berjaya menarik perhatian pengguna baharu.

“Kita dapat melihat interaksi pengguna yang bertanyakan tentang produk ini di Facebook, termasuk ada pengguna mahu melihat testimoni pelanggan lain berkaitan KlinCell yang telah berjaya membantu banyak pesakit,” katanya.

Mohamad Nazri menjelaskan, beliau hanya menggunakan bahan yang berkualiti, selain melalui proses ekstrak yang teliti dengan menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan pati cecair tersebut.

“Saya menggunakan bahan-bahan semula jadi iaitu 13 jenis bahan botani antaranya, manggis, prun, madu, kurma, lidah buaya, strawberi, roselle, durian belanda, aprikot, delima dan daun rerama.

“Selepas diproses, kesemua bahan-bahan ini mudah diserap oleh badan,” katanya.

Diperbuat daripada 100 peratus bahan-bahan botani, produk KlinCell tidak mempunyai kolesterol dan lemak serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan di bawah pengkelasan kategori interfasa makanan ubat.

“Pihak KlinCell turut memberi jaminan bahawa produk ini selamat dan sudah dihantar bagi menjalani ujian makmal di Pusat Racun Negara untuk diuji sebelum dipasarkan kepada orang ramai,”katanya.

Dalam pada itu, KlinCell juga dirumus bagi membantu pesakit kencing manis, darah tinggi dan gout.

“Kita mahu pesakit mendapat kembali tenaga dengan menggunakan produk ini secara konsisten seawal 14 hari dan selepas itu, bolehlah mereka melakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga,”katanya.

Mula mendapat sambutan yang menggalakkan dari luar negara iaitu Singapura dan Brunei, produk minuman kesihatan, KlinCell dijual pada harga RM80 sebotol di Semenanjung Malaysia dan RM90 (Sabah dan Sarawak).

Sehingga kini, sebanyak 4,000 unit telah terjual melalui dalam talian.

Mengulas lanjut, Mohamad Nazri berkata, cabarannya menjual produk minuman kesihatan secara dalam talian adalah kebanyakan pengguna pada mulanya berasa ragu dengan produk tersebut, namun setelah diberi penjelasan, mereka mula percaya tentang kebaikan dan faedah KlinCell.

“Kita menggunakan medium Facebook sebagai penghubung kepada pengguna. Kita juga akan memberi penjelasan terperinci kepada pengguna sebelum mereka membeli produk ini,”katanya.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan keterangan lanjut mengenai supplemen kesihatan ini, boleh menghubungi Mohamad Nazri di talian 019-2607282 atau Facebook : KlinCell atau laman web www.klincell.com.