Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mesin bajet 
buat kuih

Kaedah alternatif ringan beban pengusaha IKS

ZDA -Mesin pencetak biskut 2
ZDA -Mesin pencetak biskut

Edisi kali ini, pihak kami telah menghasilkan mesin dikenali sebagai mesin pencetak biskut 2.0 yang membantu pengusaha menghasilkan biskut seperti biskut coklat cip dan biskut raya seperti semperit dahlia. Mesin itu dapat membantu pengusaha menghasilkan kuih lebih cepat selain menjimatkan penggunaan pekerja dan operator. Mesin ini dikeluarkan dengan banyak versi.

Versi nozzle yang dikatakan itu adalah versi tiga nozzle, enam nozzle, sembilan nozzle dan lain-lain versi mengikut kehendak pengusaha bagi membantu pengeluaran biskut dan bajet mereka.

Idea untuk membuat mesin itu timbul berikutan seorang pengusaha biskut semperit dahlia dan biskut cip coklat yang sentiasa mendapat tempahan yang banyak. Oleh itu, pihak Zull Design Autotronic (ZDA) telah membangunkan satu mesin untuk kegunaan pengusaha tersebut. Dengan bantuan mesin tersebut ia dapat membantu pengeluaran biskutnya hampir dua kali ganda.

Mesin itu direka menggunakan konsep takungan khas untuk tepung dimasukkan .

Mesin itu juga akan memampatkan padatan tepung atau pun kuih biskut semperit dahlia tersebut dan akan ditekan keluar dengan menggunakan nozzle yang telah disediakan.

Pelanggan yang berminat dengan mesin ciptaan kami, bolehlah mula membuat tempahan dengan ZDA. Anda juga boleh mengemukakan sebarang penambahbaikan terhadap mesin yang ingin dibeli. Cara tersebut dapat memastikan segala keperluan anda terhadap mesin tersebut dapat dipenuhi.

Dengan itu, ZDA kami dapat memuaskan pelanggan dan ini sememangnya memberikan semangat kepada syarikat kami untuk menghasilkan pelbagai jenis mesin pada masa akan datang bagi meringankan beban usahawan tempatan.

Pelanggan boleh meletakkan sebarang bajet yang bersesuaian dengan kos pembuatan mesin serta upah para pekerja dalam urusan penciptaan mesin.

Pihak kami akan berusaha menghasilkan mesin mengikut kehendak pelanggan serta kos yang diperuntukkan.

Jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin, pelanggan bolehlah menghubungi ZDA dan kami akan datang untuk membantu membaikinya.

SPESIFIKASI

  • Kawalan : Semiautomatik
  • Kuasa : Antara 220 hingga 240 VAC
  • Kapasiti : Antara 20 hingga 30 biji/minit
  • (tiga biji sekali keluar)
  • Bahan : Keluli tahan karat
  • Masa Penyediaan: 15 minit 
Memasak: 15 minit Keseluruhan: 30 minit Jumlah Hidangan : Antara 80 hingga 90 biji
  • Bahan-Bahan:
  • Satu cawan mentega
  • Satu cawan gula castor
  • Satu cawan gula perang
  • Dua biji telur
  • Dua sudu teh esen vanila
  • Tiga cawan tepung
  • Satu suku sudu teh tepung penaik
  • Setengah sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
  • Dua cawan cip coklat separa manis
  • Secawan badam cincang, bakar seketika

Cara Penyediaan:

1 Panaskan ketuhar ke suhu 17 darjah Celsius.

2 Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.

3Masukkan tepung, tepung penaik dan garam (tiga bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan cip coklat dan kaacau sebati.

4Gunakan ais krim satu sudu, kaupkan dan susun di atas bekas tepung yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yang sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.

5Bakar selama antara 10 hingga 15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tip: Bagi mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam sebelum dibakar.

Cara-cara penggunaan

  • Pastikan mesin dalam keadaan baik dan telah dipasang soket elektrik
  •  Masukkan adunan tepung ke dalam mesin.
  • Tekan suis manual untuk padatkan tepung, (Pastikan adunan terkeluar sedikit di depan nozzle)
  • Selepas tepung berada di depan nozzle tekan suis Auto untuk menggerakkan mesin secara auto.
  • Pastikan adunan tepung tidak dibiarkan sedikit dalam tangki takungan.
  • Ulang proses sehingga tepung habis.
  • Kelebihan mesin
  • Diperbuat daripada bahan yang selamat untuk pemprosesan makanan.
  • Mesin mudah dibersihkan selepas digunakan.
  • Pengeluaran lebih cepat menjimatkan masa dan tenaga.
  • Mampu mengehadkan tenaga pekerja.
  • Operasi secara semiautomatik
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Cara-cara penggunaan

  • Pastikan mesin dalam keadaan baik dan telah dipasang soket elektrik
  • Masukkan adunan tepung kedalam mesin.
  •  Tekan Suis “Manual” Untuk padatan tepung, (Pastikan adunan terkeluar sedikit didepan nozzle)
  • Selepas tepung berada didepan nozzle tekan suis “Auto” untuk menggerakkan mesin secara auto.
  • Pastikan adunan tepung tidak dibiarkan sedikit dalam tangki takungan.
  • Ulang proses sehingga tepung habis

Kelebihan mesin

  • Diperbuat daripada bahan yang selamat untuk pemprosesan makanan.
  • Mesin mudah dibersihkan selepas digunakan
  • Pengeluaran lebih cepat , menjimatkan masa dan tenaga
  • Mampu mengehadkan tenaga pekerja
  • Operasi secara semiautomatik
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini

JIKA ada sebarang pertanyaan dan tempahan atau maklumat lebih lanjut. Hubungi Zull Design Autotronic (ZDA) Hari: Isnin – Jumaat. Masa: Pukul 8.30 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat sahaja) Talian: 03-6092 1928, 012-733 2066, faksimile 03-6091 4000. E-mel: [email protected] atau layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain