Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki jual ais guna lori curi ditahan

Lori curi
LORI curi yang dirampas daripada seorang peniaga ais di Negeri Sembilan baru-baru ini.

SEREMBAN 15 Jun - Kegiatan seorang lelaki menggunakan lori yang dicuri di Taman Rasah Jaya di sini bagi menjalankan perniagaan air batu di Melaka sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Norazman Mohd. Yusof berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan polis bersama tiga lelaki lain di sekitar Rantau di sini dan Ayer Keroh, Melaka Isnin lalu.

"Kita turut merampas sebuah lori ais jenis Isuzu berwarna putih dan 17 tong ais yang dilaporkan hilang di Taman Rasah Jaya pada 25 Mac lalu. Nilai barangan rampasan dianggarkan berjumlah RM80,000.

"Hasil siasatan mendapati suspek berniaga air batu di sekitar Melaka dan menggunakan lori itu untuk menjalankan perniagaan tersebut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain