Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

kreativiti sentuhan OKU

Lakaran grafik membantu mereka bentuk inovasi yang diinginkan. 3
Lakaran grafik membantu mereka bentuk inovasi yang diinginkan.

Kreativiti dalam reka bentuk merupakan suatu perkara yang sangat unik kerana ia mampu mengubah persepsi seseorang terhadap sesebuah produk dan juga mampu meningkatkan nilainya dalam pasaran.

Keupayaan untuk berdaya kreatif pula adalah hak milik semua dan tidak hanya terbatas kepada keupayaan fizikal ataupun intelektual seseorang.

Menyedari hakikat itu, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel reka bentuk kepada tenaga pengajar orang kurang upaya (OKU) pada tahun lalu yang dikenali sebagai Program Memperkasa Pembangunan Sosioekonomi Golongan OKU.

Bengkel yang dibiayai sepenuhnya melalui Dana Inovasi Sosial Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atau MSI itu bertujuan merangsang kreativiti golongan OKU untuk kekal berimaginasi dalam penghasilan sesebuah idea.

Program berkenaan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Pembangunan OKU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Selangor

Tidak seperti kelaziman apabila golongan OKU hanya dikaitkan dengan penghasilan kraf sahaja, pelatih di PLPP juga menghasilkan produk seperti kerusi roda, kaki palsu, seni batik, trofi dan kraf tempurung.

Pengarah Program, Husaini Ismail berkata, walaupun pada asalnya MRM hanya menumpukan pembangunan tiga produk utama iaitu kerusi roda, kaki palsu dan trofi, ternyata daya kreativiti dan kemampuan OKU ini melangkaui keterbatasan fizikal mereka.

Katanya, hal ini kerana pada akhir bengkel, kesemua 13 peserta bengkel berjaya menghasilkan empat idea yang ternyata memberikan kepuasan kepada mereka kerana berjaya keluar dari kepompong kebiasaan.

“Latihan bagi program berkenaan dijalankan selama enam bulan bermula pada Jun tahun lalu dengan menekankan produk yang mempunyai elemen inovasi.

“Setelah produk dibangunkan, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) akan menjadi pembekal komponen untuk mengkomersialkan produk-produk berkenaan ke pasaran tempatan dan juga berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui Mega Sains di PLPP Bangi, baru-baru ini.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Husaini berkata, sepanjang program itu dijalankan, mereka juga tidak terlepas daripada menghadapi cabaran seperti pengetahuan dan kemahiran peserta yang agak terhad.

“Hal ini kerana, kerana peserta tidak mempunyai latihan rasmi dari segi reka bentuk dan hanya bergantung kepada kemahiran semata-mata dan ini membataskan idea-idea mereka.

“Namun begitu, program ini telah membantu untuk membuka minda mereka supaya menjadi lebih kreatif serta inovatif dan akhirnya berjaya menghasilkan produk yang boleh dibanggakan,” katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya amat berbangga dengan kejayaan bengkel tersebut dan berharap setiap teknik dan ilmu yang dicurahkan di sepanjang bengkel itu berlangsung akan digunakan sebaiknya oleh para peserta.

“Jika sebelum ini, aktiviti mereka bentuk adalah bersifat tradisional, tetapi MRM telah memperkenal teknik rekaan yang lebih bersesuaian dengan trend dan keperluan pasaran semasa, termasuk penggunaan perisian digital yang akan memberi nilai tambah kepada produk yang akan dihasilkan.

“Sebagai contoh, memberi peluang kepada para peserta untuk menerokai idea-idea baharu ketika menghasilkan kerusi roda yang lebih ergonomik dan menepati keperluan individu OKU itu sendiri berdasarkan kepada pengalaman pengguna (user experience),” katanya.

Tambahnya, bengkel berkenaan turut bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan OKU dan memastikan mereka mampu berdaya saing dengan usahawan-usahawan lain tanpa mengira keupayaan fizikal.

Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan OKU kepada bantuan kerajaan semata-mata, malah pada masa yang sama, mampu menjadi contoh kepada golongan OKU lain di Malaysia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain