Terbaharu, syarikat tersebut memperkenal inovasi terbaharu mereka inovasi penyedut hampagas turbin antikusut.

Kini pengguna boleh menarik nafas lega menerusi inovasi tersebut kerana anda tidak lagi perlu menanggalkan rambut yang tersimpul pada penyapu seperti biasa dengan menggunakan tangan.

Penyedut hampagas antikusut tersebut tidak memiliki bag pembersih bertujuan memastikan pengalaman membersihkan rumah anda lebih menarik dan mudah.

Dilengkapi bersama teknologi CycloneForce bersama anti-Tangle Turbine yang boleh meniup helaian rambut dan habuk daripada putaran kipas turbin.

Keaadan tersebut dapat memastikan kipas turbin akan sentiasa berputar bagi menghasilkan kadar kuasa sedutan yang berterusan serta tiada sekatan pada jaring.

Kelebihan tersebut menjimatkan masa pengguna untuk untuk membuang rambut yang berselirat menggunakan tangan.

Penyedut hampagas bersama alatan antikusut tersebut turut direka bersama dua aliran udara iaitu pertama untuk kemasukan habuk dan rambut, kedua adalah untuk kemasukan udara.

Ia adalah bagi mengelakkan rambut terlekat pada bar berus dan shaft motor turbin.

Untuk selenggara yang mudah, penyedut hampagas tersebut didatangkan bersama Easy Dustbin.

HARGA VACUUM
 

Easy Dustbin berfungsi sebagai penyimpan sampah dan habuk yang disedut yang mudah untuk ditanggalkan menerusi satu tekanan sahaja untuk dibuang isi kandungannya.

Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi bersama penapis berbentuk span (foam) bagi memastikan habuk lebih banyak dapat ditapis.

Span tersebut mudah ditanggal dan dibasuh bagi mengelakkan pengaliaran udaranya tersekat dan mengurangkan kuasa sedutan.

Inovasi penyedut hampagas terbaharu itu dijual pada kadar harga model yang tertinggi iaitu RM829 bersama waranti selama dua tahun.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.samsung.com/my/vacuum-cleaners/canister/.